Eh!

Zack Snyder’s Justice League Akan Temui Peminat Tidak Lama Lagi


Filem adiwira ikonik, Justice League arahan asal oleh Zack Snyder akan membuat debut secara eksklusif di Malaysia melalui saluran penstriman HBO GO pada 18 Mac 2021.

Berita baik buat peminat komik adiwira DC! Saat yang ditunggu-tunggu bakal menjelma tidak lama lagi. Zack Snyder’s Justice League akan membuat debut secara eksklusif di Malaysia melalui saluran penstriman HBO GO pada hari Khamis, 18 Mac 2021. Filem ini juga akan dilancarkan secara serentak di Amerika Syarikat dan negara di rantau Asia Pasifik.

Zack Snyder’s Justice League atau juga dikenali sebagai ‘Snyder Cut’ adalah berdasarkan filem Justice League yang diarahkan oleh Zack Snyder sendiri pada 2017. Walau bagaimanapun, pengarah itu terpaksa meninggalkan set penggambaran filem kelima daripada DC Extended Universe ini selepas kematian anak perempuannya pada Mei 2017. Versi ini akhirnya akan dilancarkan selepas peminat memulakan gerakan #ReleasetheSnyderCut di sosial media.

Dalam Zack Snyder’s Justice League, untuk memastikan pengorbanan Superman tidak disia-siakan, Bruce Wayne lakonan Ben Affleck dan Diana Prince lakonan Gal Gadot bersatu dalam merancang untuk membentuk sebuah pasukan yang disertai oleh manusia meta untuk menyelamatkan dunia. Selain Batman dan Wonder Woman, mereka bersama dengan barisan adiwira lain seperti Aquaman, Cyborg dan juga The Flash untuk mengalahkan kuasa jahat yang terdiri daripada Steppenwolf, DeSaad dan Darkseid.

Filem versi asli Zack Snyder ini dibintangi oleh barisan pelakon ternama iaitu Ben Affleck, Henry Cavill, Amy Adams, Gal Gadot, Ray Fisher, Jason Momoa, Ezra Miller, Willem Dafoe, Jesse Eisenberg, Jeremy Irons, Diane Lane, Connie Nielsen dan J.K. Simmons. Ia turut menampilkan lakon layar daripada Chris Terrio dan  jalan cerita oleh Chris Terrio & Zack Snyder dan Will Beall.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Zack Snyder’s Justice League melalui HBO GO pada 18 Mac 2021 nanti. Saksikan trailer filem ini di sini.

Foto: HBO Asia

Baca lebih lanjut: Olivia Rodrigo: 5 Fakta Menarik Mengenai Penyanyi Lagu Hit ‘Drivers License’





Eh!

Feed-Blog

Feed daripada blog-blog terbaik kami kongsikan buat tatapan anda semua.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button