in ,

Vivy Yusof Mohon Maaf, Bakal Saman Punca Fitnah


Selepas terpalit kontroversi berkaitan komen beliau di Instagram baru baru ini, Vivy Yusof tampil membuat satu permohonan maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan apa yang terjadi.

Vivy Yusof turut menjelaskan yang beliau sudah difitnah mengeluarkan satu kenyataan memperkecilkan usaha kerajaan membantu golongan B40 dan M40 dan didakwa mengatakan golongan itu tidak menyumbang kepada ekonomi Malaysia.

Sitegiant E-commerce

BACA: Netizen Lancar Petisyen Vivy Yusof Letak Jawatan Ahli Lembaga Pengarah UiTM

“Perkara ini timbul dalam siaran langsung Facebook (FB) Live, bukan FB saya. Saya tiada akaun FB, tetapi saya menonton ‘live’ itu”

“Saya tidak mempertikaikan pemberian bantuan kepada golongan berkenaan seperti didakwa. Sebaliknya, saya bimbang nasib akan menimpa ahli perniagaan dan pekerja disebabkan kelembapan ekonomi

“Selain itu, saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengatakan golongan berkenaan tidak menyumbang kepada ekonomi negara menerusi FB Live itu,” katanya.

Dalam masa yang sama, Vivy Yusof turut terkilan dengan pihak yang memulakan petisyen untuk beliau digugurkan dari jawatan Ahli Lembaga Pengarah UiTM dan menganggap tindakan itu sebagai keterlaluan dan kejam.

Vivy Yusof juga berkata beliau akan menyaman individu yang memulakan fitnah tersebut dan individu yang memulakan petisyen untuk mempertahakan dirinya dari layanan tidak adil dari rakyat Malaysia ekoran kontroversi yang berlaku.

“Ibu bapa dan suami terkesan dengan kecaman netizen. Ia amat berat untuk ditanggung kerana dikecam pada peringkat nasional”

“Saya bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memutar belit kenyataan dan melancarkan petisyen minta saya meletak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Universiti Teknologi MARA (UiTM),” ujarnya. (rtky/m)





ROTIKAYA

Report

Written by Feed-Blog

Feed daripada blog-blog terbaik kami kongsikan buat tatapan anda semua.

What do you think?