in

Video ‘akak Super Ring’ dibuat parodi, pemuda bikin netizen tak kering gusi


Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hati mengenai pemilihan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Rakaman video berdurasi seminit itu dimuat naik seorang pengguna Faceook, Mohd Hilmi sehingga meraih 1.8 juta tontonan dan hampir 40,000 perkongsian dalam kalangan warganet.

Sitegiant E-commerce

“Siapa Muhyiddin?”. Soalan aku sekarang ni, kau ni siapa? Kenapa terpekik terlolong malam2 ni? 😫

Posted by Mohd Hilmi on Saturday, February 29, 2020

“Siapa Muhyiddin? Aku tak vote dia, siapa Muhyiddin? Aku tak undi dia. Orang cakap orang Malaysia ni diam diri, tak kisah kalau politik tukar
“Tak kisah duduk boleh makan keropok super ring dengar berita, hey aku tak macam tu lah aku marah, siapa dia?,” kata wanita tersebut.

Terbaru, sebuah video parodi bagi menjawab ‘soalan-soalan’ wanita berkenaan dihasilkan seorang pemuda sehingga berjaya menimbulkan rasa geli hati netizen yang menontonnya di Facebook SEDAR Malaysia.

Parodi akak super ring terbaik!!Kredit kepada pencipta video.

Posted by SEDAR Malaysia on Sunday, March 1, 2020

Antara gelagat lucu pemuda tersebut adalah ketika ‘diperli’ menonton berita sambil menikmati Super Ring yang difahamkan menjadi snek kegemaran ramai rakyat Malaysia.

Video parodi berdurasi tiga minit itu menerima lebih 9,300 komen netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat wanita dan pemuda itu selain memohon agar tidak mengaitkan Super Ring dengan konflik politik.

Terdahulu, sekumpulan orang ramai melakukan perhimpunan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu membantah situasi politik semasa.

Sumber : Mohd Helmi , SEDAR Malaysia





Banyak lagi cerita MELETOP di OH MY MEDIA

Report

Written by Feed-Blog

Feed daripada blog-blog terbaik kami kongsikan buat tatapan anda semua.

What do you think?