in

Umat Islam Diminta Tangguh Dulu Sebarang Persiapan Haji & Umrah Tahun Ini


Pada awal bulan lepas, Arab Saudi menghentikan kemasukan jemaah haji atau umrah secara drastik ekoran kebimbangan terhadap penularan COVID-19 ke bandar-bandar suci Islam.

Ia satu langkah yang julung kali terjadi, sekali gus menimbulkan ketidakpastian berhubung ibadat haji untuk tahun ini.

Sitegiant E-commerce

Banyak persoalan umat Islam di seluruh dunia yang masih belum dapat dijawab secara rasmi oleh kerajaan Arab Saudi. Terutamanya persoalan adakah tahun ini ibadat haji boleh dilakukan seperti kebiasaan. Atau adakah umrah pada bulan Ramadhan ini dibenarkan?

Menerusi Menteri Haji dan Umrah, Mohammed Saleh Benten kepada stesen televisyen Al-Ekhbariya, Arab Saudi meminta umat Islam untuk menangguhkan sebarang rancangan untuk menunaikan haji dan umrah sebelum sebarang perkembangan mengenai COVID-19 diketahui.

“Arab Saudi bersedia sepenuhnya untuk menerima jemaah haji dan umrah. Tetapi keadaan semasa ketika kita bercakap mengenai pandemik global, kerajaan mahu melindungi kesihatan umat Islam serta rakyat. Oleh itu, kita meminta umat Islam di semua negara untuk menunggu sebelum melakukan haji sehingga keadaannya jelas,” katanya.

Selain menangguhkan haji dan umrah, Arab Saudi juga menghentikan semua penerbangan antarabangsa dan menyekat masuk dan serta keluar pergerakan ke beberapa bandar raya, termasuk Mekah dan Madinah. Pembatalan musim haji tidak pernah berlaku sebelum ini, namun langkah mengehadkan kehadiran dari kawasan berisiko tinggi pernah dilaksana ketika wabak Ebola menyerang wilayah itu.

Kira-kira 2.5 juta jemaah haji dari seluruh dunia biasanya berkumpul di Mekah dan Madinah untuk ibadat yang dijadualkan bermula pada akhir bulan Julai. Haji ialah sumber pendapatan yang besar bagi kerajaan Arab Saudi.

Sumber: Astroawani



Libur

Report

Written by admin

What do you think?