in

Tunggu keputusan minggu hadapan | Harian Metro


KERAJAAN negeri Perlis masih mengkaji alternatif bagi menggantikan bazar Ramadan selepas beberapa negeri lain membatalkan penganjurannya berikutan penularan wabak Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perlis Azman Mohd Yusof, berkata, setakat ini pihaknya belum memuktamadkan sebarang keputusan mengenai pembatalan bazar berkenaan.

Sitegiant E-commerce

Katanya, keputusan penutupan bazar Ramadan hanya akan dibuat selepas mengambil kira nasihat dan pandangan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) berhubung situasi semasa penularan wabak Covid-19.

“Penutupan bazar Ramadan ini masih diperhalusi, kita masih meneliti serta mendapatkan maklumat JKN sama ada akan diwujudkan alternatif lain atau bazar ditutup pada tahun ini.

“Sebelum ini kita maklum Lembaga Pertanian Pemasaran Persekutuan (FAMA) sudah mengambil langkah mewujudkan khemah khas untuk penjualan barangan di pasar tani, namun kita masih meneliti cadangan lain,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di Kangar, hari ini.

Azman yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri berkata, keputusan mengenai sama ada bazar Ramadan diteruskan atau ditangguhkan tahun ini, dijangka diketahui minggu hadapan.

“Dalam konteks ini (penutupan bazar Ramadan) kita masih ada masa atau tempoh untuk buat persediaan dan memuktamadkan sebarang keputusan.

“Sekarang ini kita masih memantau situasi semasa Covid-19 dan hasil pemantauan itu akan dibawa ke mesyuarat minggu hadapan,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19




  • Hmetro Online

    Report

    Written by Feed-Berita

    Feed berita terkini dan muktahir dari sumber-sumber Astro Awani, Malaysiakini, BHarian, Hmetro

    What do you think?