in ,

Tingkat hubungan diplomatik Malaysia-Arab




Sitegiant E-commerce

PASIR PUTEH: Pelantikan Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas ke Timur Tengah diyakini dapat meningkatkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan negara rantau terbabit.

Advertisement

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Dato’ Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, pelantikan itu sekaligus akan memberi kelebihan kepada umat Islam dan perjuangannya.

“Semoga Allah memberi pertolongan kepada Dato’ Seri Tuan Guru bagi melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan,” katanya di sini hari ini.

Semalam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melantik Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf menteri.

Oleh itu katanya Dewan Ulamak PAS Pusat merakamkan ucapan penghargaan kepada Presiden. – HARAKAHDAILY 3/4/2020






Sumber berita ini daripada HARAKAH DAILY

JOM SUPPORT HARAKAH!!

Report

Written by Feed-Berita

Feed berita terkini dan muktahir dari sumber-sumber Astro Awani, Malaysiakini, BHarian, Hmetro

What do you think?