TheVocket

Tidak Mahu Datang Kerja, Remaja Dakwa Dirinya Disahkan Positif COVID-19 Telah Ditahan Polis



Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Pelbagai helah digunakan segelintir individu dalam mengelakkan diri hadir ke tempat atas beberapa faktor. Dalam pada itu, seorang remaja berusia 19 tahun di Johor Bahru mengambil langkah yang lebih ekstrem dengan mendakwa dirinya positif COVID-19.

Difahamkan, remaja berkenaan turut menghantar sekeping gambar surat mendakwa dirinya positif COVID-19 kepada majikan sekaligus menguatkan lagi dakwaan beliau.

Sumber: Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS

Ekoran dakwaan yang dibuat, remaja yang baru sahaja diterima bekerja selama sehari telah membuatkan majikannya menutup restorannya buat sementara waktu serta menjalankan ujian calitan bersama 12 pekerjanya yang lain.

Difahamkan, remaja berkenaan turut menghantar sekeping gambar surat mendakwa dirinya positif COVID-19 kepada majikan sekaligus menguatkan lagi dakwaan beliau.

Berdasarkan penipuan yang dibuat, pihak polis telah menahan remaja berkenaan bagi membantu siasatan berhubung isu pemalsuan laporan keputusan ujian calitan COVID-19.

Remaja tersebut kemudiannya mengaku kepada pihak polis di mana beliau tidak mahu datang bekerja kerana merasakan dirinya tidak sesuai bekerja sebagai pelayan restoran. Kes ini turut disiasat mengikut Seksyen 420/468 Kanun Keseksaan atas kesalahan memalsukan.

Tular pada minggu ini apabila pemilik restoran di Kota Damansara ini bertindak menampar rider FoodPanda selepas gagal siapkan tempahan makanan yang dipesan.

Lambat Siapkan Tempahan Makanan, Pemilik Restoran Ini Tampar ‘Rider’ FoodPanda

Fipper Jawab Isu Selipar ‘Muslim Friendly’ Edisi Khas TheNoor





TheVocket

Feed-Blog

Feed daripada blog-blog terbaik kami kongsikan buat tatapan anda semua.

Related Articles

Back to top button