in

Tempoh PKP Persiapkan Diri, MUNGKIN Ujian Akan Lebih Sukar & Mencabar – Mingguan Wanita


Memang yang ramai terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah pun memasuki fasa kedua. Ramai yang kehilangan sumber pendapatan lebih-lebih lagi yang bergaji harian. Kesempitan hidup pasti dirasai, lebih-lebih lagi jika memiliki anak-anak yang sedang membesar.

Memang terasa peritnya dugaaan ini. Maka perlu persiapkan diri dari segi emosi mahupun kewangan. Berjimat cermat dari sekarang, utamakan yang benar-benar perlu.Akan datang mungkin ujiannya akan lebih sukar dan mencabar.

Sitegiant E-commerce

Benar juga luahan apa yang dikongsikan Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini;

Entah sampai bila PKP ini akan berlanjutan. Ada ramalkan sehingga hujung April atau Mei. Ketika ini, kita semua sedang diuji dengan dugaan yang berat. Ada yang sudah hilang topeng dan terserlah keperibadian mereka sebenarnya.

1.Ramai Hilang Mata Pencarian

PKP ini menyebabkan ramai yang kehilangan mata pencarian. Kemampuan menjadi berkurangan, dan terhad. Pada waktu begini adakah kita mendesak-desak dan meminta-minta, atau kekal bersabar dan bersyukur?

2.Muhasabah Diri

Kedua, dalam keadaan serba kekurangan ini, adakah kita mengimbau tentang kesenangan kita pernah kecapi dulu, atau tersedar tentang kesusahan yang dialami oleh orang yang nasibnya kurang baik berbanding nasib kita.

3. Nilai Sikap

Ketiga, apabila terlihat ada pihak-pihak yang galak menghulurkan bantuan, adakah kita meluat dan menaruh sangka bahawa mereka adalah orang-orang riak, atau kita bersangka baik serta doakan kesejahteraan mereka.

4. Manfaat Masa

Keempat, dengan lebihan masa yang kita ada ini, adakah kita bazirkan dengan melakukan perkara yang sia-sia dan melekakan, atau dimanfaatkan untuk mempertingkatkan ilmu di dada serta mengasah kemahiran yang ada?

5. Persiapkan Diri

Keadaan yang kita alami ini mungkin akan berterusan sepanjang bulan Ramadan. Jadi persiapkan diri untuk harungi keadaan ini dengan tenang dan rasional kerana pada ketika itu mungkin ujiannya akan lebih sukar serta mencabar.

Kamarul Ariffin Nor Sadan
Marilah Bersiapsiaga

MW: Maka dalam tempoh PKP ini bersiap sedialah kita menghadapi ujian berat ini dengan tenang dan penuh sabar.

Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan



Mingguan Wanita – Dapatkan majalah Mingguan Wanita di kedai-kedai berhampiran.

Report

Written by Feed-Info

What do you think?