in ,

“Tak Sabar Nak Ada Baby Papa,”- Kelihatan Semakin Berisi, Ada Speku Elly Mazlein Sedang Hamil?


Pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pompom semakin gemar berkongsi aktiviti memasak menerusi akaun ‘Youtube Channel’ miliknya.

Baru-baru ini, Kak Lina ada memuat naik satu rakaman video memasak lauk Ikan Siakap Rebus Limau dan berkongsi resepi menu tersebut bersama peminatnya.

Sitegiant E-commerce

Dalam pada itu, Kak Lina turut berkongsi momen perbualan bersama suaminya, Mohamad Azlan Che Noh menerusi rakaman video berdurasi selama 15 minit itu.

“Ramai cakap betul ke Mama dah mengandung? Tapi kalau betul kami akan bagi tahu. Buat masa sekarang ni badan Kak Lina naik ni sebab Kak Lina sangat-sangat bahagia dengan suami, dengan anak dan keluarga.

“InsyaAllah nanti kalau betul Kak Lina dah mengandung jangan risau Kak Lina akan bagi tahu dengan semua orang khabar berita gembira itu, kan Papa kan? Mama tak sabar nak ada baby Papa,” katanya.

Imbas kembali, dengan sekali lafaz Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi telah sah bergelar isteri kepada Azlan pada 18 Januari lalu.

Sebelum ini, Elly pernah mendirikan rumah tangga bersama bersama pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Sara Sefhia, 4 tahun namun pasangan ini bercerai pada 15 Oktober 2015.

Video: Youtube Elly Mazlein



Informasi terkini di MEDIA HIBURAN

Report

Written by Feed-Hiburan

What do you think?