Syatilla Melvin Usaha Khatam Al-Quran, “Sehari 4 Muka Surat Pun Sudah Rahmat. Doakan” – Mingguan Wanita

Sumber/Sumber Foto: Instagram Syatilla Melvin

Syatilla Melvin sematkan dalam jiwa mahu usaha khatam al-Quran dalam tempoh sebulan. Begitulah perkongsian di akaun laman Instagram isteri kepada Shaheizy Sam yang juga pemilik nama sebenar Siti Nur Syatilla Amirol Melvin.

Syatilla juga mohon doakan agar dipermudahkan hajatnya itu.

Syatilla Melvin Usaha Khatam al-Quran, Baca 4 Muka Surat Sehari

Usaha murni Syatilla itu sememangnya perlu disokong dan pelakon ini juga berharap naskhah al-Quran yang sebelum ini menjadi hiasan atas almari akan dibuka setiap hari.

“ASAL CONTENT BACA AL QURAN KONON-KONON BAIK, KONON-KONON ALIM.

“Ya allah jahatnya aku pernah terdetik dalam hati setiap kali nampak orangg post content mengaji. Tolong lah jangan jadi manusia macam ni tolong ambil dari sudut yang baik!,” tulis Syatilla.

Zaman Sekolah 4 kali Khatam al-Quran

Ibu kepada dua cahaya mata ini akui sewaktu zaman sekolah dia sudah khatam al-Quran sebanyak empat kali.

“Malam ni tilla sendiri rasa terinspirasi dengan posting-posting yang mengundang rasa negative tadi!

“Content yang aku rasa negative tu berjaya buat aku sentuh al-quran yang selama ni jadi hiasan atas almari.

“Dulu masa zaman sekolah, dah tiga, empat kali berjaya khatam al-Quran. Semi Allah.

“Makin besar, makin kenal duit, makin banyak duit, al-Quran dah jadi jauh sangat dah. Baca pun merangkak-rangkak macam baru nak kenal huruf.

“Dan yg paling best, bila terdetik perasaan di atas automatically, scroll-scroll ig tiba-tiba nampak ceramah ustaz-ustazah cerita pasal seksa kubur, pasal macam mana al-Quran tolong kita bila mati, macam mana al-Quran jadikan kita manusia lebih sempurna.

Baca Disini Juga:

‘Kali Ini Bukan Rezeki Kami’ Syatilla Melvin Keguguran Ketika Kandungan 5 Minggu

Syatilla Melvin Mohon Maaf “Sejujurnya Demi Allah, Tak Ada Niat Apa-Apa Langsung Pun”

Allah Nak Tolong

“Sumpah tak tipu, hari-hari Tilla akan nampak ja ceramah-ceramah pasal hebatnya amalan baca alQuran kat ig. Lagi tak mula buka baca, lagi banyak ternampak. Dah terang-terang memang Allah nak tolong, dah bagi petunjuk dah pun takkan masih nak buat tak tahu?

“Insyaallah kita cuba khatam dalam masa sebulan ni,1 hari dpt baca 4 muka surat pun dah besar rahmat dah! Doakan,” tulisnya.

Sumber/Sumber Foto: Instagram Syatilla Melvin
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita




Mingguan Wanita – Dapatkan majalah Mingguan Wanita di kedai-kedai berhampiran.

Check Also

Resipi Senang Sambal Belimbing Buluh SEDAP, Hanya Guna 3 Bahan! - Mingguan Wanita

Resipi Senang Sambal Belimbing Buluh SEDAP, Hanya Guna 3 Bahan! – Mingguan Wanita

Sekarang tengah musim buah belimbing buluh, macam-macam boleh buat dengan buah belimbing ni. Selain dibuat …