in

Sumbangan Prolintas buat barisan hadapan


KUALA LUMPUR – Kumpulan Syarikat Prolintas menghulurkan bantuan kewangan berjumlah RM60,000 bagi membantu kakitangan barisan hadapan negara membendung wabak Covid-19.

Kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dan Mercy Malaysia, masing-masing menerima sumbangan sebanyak RM15,000.

Sitegiant E-commerce

Prolintas juga akan mengagihkan sumbangan berjumlah RM30,000 lagi kepada empat buah hospital berupa alat telekomunikasi, komputer riba, tandas mudah alih, bantal dan kerusi roda.

Empat hospital yang akan menerima bantuan itu ialah Hospital Kuala Lumpur, Hospital Selayang, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang.

”Bantuan tersebut bakal digunakan bagi menambah peralatan untuk kegunaan kakitangan hospital yang sedang bertungkus lumus menangani Covid-19,” kata Prolintas.

Prolintas atau Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd merupakan syarikat pengendali lebuh raya yang dimiliki Permodalan Nasional Bhd (PNB). – MalaysiaGazette



Malaysiagazettee

Report

Written by Feed-Berita

Feed berita terkini dan muktahir dari sumber-sumber Astro Awani, Malaysiakini, BHarian, Hmetro

What do you think?