Media HiburanSelebriti

Sharifah Sakinah Terharu Anak & Keluarga Terima Tunang Warga Sweden – “Keluarga Bekas Suami Pun Dah Jumpa Michael…”


Selepas mengumumkan mengenai pertunangannya bersama lelaki warga Sweden, Michael Hansen, pelakon Sharifah Sakinah bersyukur kerana ahli keluarga menerima lelaki tersebut dengan hati terbuka.

Sakinah, 32, mengikat tali pertunangan dengan lelaki berstatus duda anak dua itu sekitar Disember tahun lalu.

Menurut Sharifah atau nama lengkapnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, famili tidak mempunyai sebarang masalah dengan Michael meski jejaka pilihan hatinya itu bukan warga tempatan.

“Sejujurnya, keluarga saya bukan jenis yang rasis dan mereka sangat seronok sebab ada kehadiran orang baru dalam keluarga besar kami.

“Bukan setakat keluarga saya, keluarga bekas suami pun dah jumpa dengan Michael dan tiada perselisihan yang berlaku,” katanya meminta ramai mendoakan yang baik-baik.

Pada masa sama, Sakinah turut menzahirkan rasa gembira apabila anak tunggalnya, Anais Adha juga tidak ada masalah untuk menerima Michael sebagai bapa tiri.

“Anak faham dan berdasarkan caranya, dia boleh terima bapa tiri baru dia. Michael seorang lelaki yang ada sikap kebapaan, jadi Anais mudah mesra dengannya,” katanya kepada MH.

Terdahulu, Sakinah pernah mendirikan rumah tangga bersama juruterbang, Aliff Adha pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Anais Adha berusia 4 tahun.

Bagaimanapun, Sakinah memaklumkan rumah tangganya bersama suami telah berakhir pada Mei lalu.

Kini, adik kepada penyampai radio Sharifah Shahirah ini telah mengikat tali pertunangan bersama Michael pada tahun lalu.



Informasi terkini di MEDIA HIBURAN

Related Articles

Back to top button