Eh!

Selamat Bertunang, Ifan Seventeen Bakal Akhiri Zaman Duda



Setelah tiga tahun hidup tanpa kehadiran isteri, vokalis Seventeen, Ifan kini bergelar tunangan kepada model Citra Monica.

Berita ini dikongsi sendiri oleh Ifan atau nama sebenarnya Riefian Fajarsyah di Instagram miliknya dua hari lalu. Menerusi hantaran yang dimuat naik, dia berkongsi momen-momen indah majlis tersebut yang berlangsung di Jakarta.

Namun apa yang mengharukan adalah kehadiran bapa arwah isterinya, Dylan Sahara yang datang dari jauh untuk berkongsi saat bahagia ini, terutama apabila ibu bapa Ifan sendiri tidak dapat hadir.

“Sejujurnya saya benar-benar terharu. Papa tiba di Jakarta pagi ini. Dia bersama pemandu bertolak dari Ponogoro malam tadi. Dia tahu ibu bapa saya tidak dapat hadir, sebab itu dia datang.

“Saya juga yang minta dia datang. Saya benar-benar terharu,” ujar Ifan yang sentiasa menjaga hubungan baik dengan keluarga arwah isterinya.

foto: idn times





Eh!

Feed-Blog

Feed daripada blog-blog terbaik kami kongsikan buat tatapan anda semua.

Related Articles

Back to top button