Hmetro Online

Santuni gelandangan sekitar Sungai Klang


Kuala Lumpur: Lebih 100 gelandangan di sekitar Sungai Klang dan Masjid Jamek, di sini, menerima sumbangan sarapan serta peralatan kebersihan diri, hari ini.

Program berkenaan dianjurkan tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Pertubuhan Kebajikan Baitul Fiqh, Usanita serta My Hope Hero.

Pengasas Pertubuhan Kebajikan Baitul Fiqh, Haliza Abdul Halim berkata, sukarelawan bergerak ke kedua-dua tebing Sungai Klang, Kompleks Dayabumi serta Masjid Jamek untuk menyerahkan sumbangan berkenaan.

“Selain itu, kami turut menyantuni gelandangan di sekitar Bangkok Bank, pusat beli-belah Kota Raya serta kawasan sekitarnya.

“Mereka menerima sarapan iaitu nasi lemak dan karipap, sedikit wang tunai serta set kebersihan diri.

“Kebiasaannya kami membuat program pengagihan sarapan ini secara mingguan dan kali ini bekerjasama dengan dua NGO lain,” katanya yang ditemani Ahli Lembaga Pengarah Usanita, Rafieqah Zainal Abidin.



Hmetro Online

Feed-Berita

Feed berita terkini dan muktahir dari sumber-sumber Astro Awani, Malaysiakini, BHarian, Hmetro

Related Articles

Back to top button