Media HiburanSelebriti

Pengarah Maklum Ibu Saudara Sudah Tiada, Instagram Budak Ijat Dihujani Doa, Ramai Titip Ucapan Takziah – “Noryati Taib Meninggal Dunia.”


Pengarah dan penerbit, Shahrulezad Mohammedin (Budak Ijat) memaklumkan ibu saudaranya yang juga pelakon, Noryati Taib telah menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam2 pagi tadi.

Shahrezad memaklumkan khabar duka itu bersama pengikut di laman media sosial Instagam miliknya.

“Innallilahiwainailaihirojiun Assalamualaikum gais. Dukacita abam nak bagitahu semua mak saudara abam Mak Uda Yati aka Makcik Petir atau nama sebenarnya Noryati Taib baru sahaja sebentar tadi menghembuskan nafas terakhirnya jam 2 pagi tadi.

“Bagi semua para peminat Mak Uda Yati marilah kita sama sama doakan agar roh beliau dirahmati Allah dihimpunkan beliau di kalangan mereka yg solehin. Sudi apalah kira dapat hadiahkan Alfatihah untuk Noryati Taib.

“Dan semoga Allah memberikan kekuatan pada semua ahli keluarga besar kami dalam berdepan dengan dugaan ini. Alfatihah,” tulisnya.

Perkongsian tersebut lantas mendapat perhatian peminat termasuk rakan selebriti yang menitip doa serta ucapan takziah kepada arwah Noryati sekeluarga.

Imbas kembali, Noryati atau sinonim dengan panggilan Mak Cik Petir menghidap penyakit kronik seperti kencing manis sehingga sebelah kakinya terpaksa dipotong, kira-kira 2 tahun yang lalu.

Sementara itu, berita sama turut dimaklumkan anaknya, Faizul Hafiz Hashim di akaun sosial Facebook.

“Dukacita dimaklumkan mama saya (Noryati Taib) telah meninggal dunia pada 1.45 pagi sebentar tadi.

“Saya minta jasa baik anda semua mendoakan semoga Allahyarhamah di tempatkan di kalangan orang yang beriman,” tulisnya.

Memetik Metro, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, jam 10 pagi.

Noryati yang sinonim dengan gelaran Makcik Petir, Makcik Isabella dan Makcik Mary dalam drama lakonannya seperti Sindarela, SyurgaMu Ramadan, Dotty, Tari Tirana dan banyak lagi.

Foto: Instagram Shahrulezad





Informasi terkini di MEDIA HIBURAN

Related Articles

Back to top button