in ,

Pemuja DAP kritik KP Kesihatan kononnya gagal


Sitegiant E-commerce

KASIHAN rasanya kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah yang dikritik teruk oleh Dato’ Dr Musa Nordin kerana kononnya gagal melengkapkan barisan depan perubatan yang memerangi COVID-19 dengan alat perlindungan sewajarnya dan kerana kononnya terperap di menara gading Putrajaya dan tidak turun ke padang melawat hospital-hospital.

Advertisement

Tidak ramai yang tahu bahawa Dato’ Dr Musa Nordin ini, walaupun kelayakan profesionalnya tidak dipertikaikan, adalah pemimpin Muslim Professionals Forum (MPF) yang mendukung kuat Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, dan semua ini boleh dibuktikan dengan melihat sendiri segala kenyataan media yang pernah beliau keluarkan sejak Mei 2018 hingga Mac 2020.

Datuk Dr Musa Nordin ini adalah pemuja DAP, kenyataan media beliau pada 2 Mac 2020 menyifatkan Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan sebagai ‘bertindak cemerlang’ (‘performed admirably’) dan ‘penyelamat’ (‘saviour’), dan beliau juga adalah pembenci Umno dan PAS, kenyataan media beliau pada 8 Mac 2020 jelas menghina Umno dan PAS.

Lebih jauh daripada itu, Dato’ Dr Musa Nordin juga tidak boleh menerima tindakan Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Dato’ Seri Azmin Ali serta penyokong mereka menubuhkan kerajaan baharu yang beliau istilahkan sebagai ‘kerajaan pintu belakang’, dan di dalam konteks inilah kritikan beliau terhadap Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah dan kerajaan sekarang perlu dilihat.

Malah, perlu diingat, tatkala desas-desus bertiup bahawa kerajaan mahu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Dato’ Dr Musa Nordin inilah antara pakar-pakar perubatan yang bersuara pada 16 Mac 2020 bagi menyatakan ketidaksetujuan mereka ke atas cadangan kerajaan ini, dan bayangkanlah apa yang boleh berlaku jika kata-kata Dato’ Dr Musa Nordin ini diikuti.

Bertabahlah, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah, kerana di sebalik dedikasi, komitmen dan usaha keras lagi tulus anda untuk memulihkan negara dari pandemik COVID-19 ini, pasti sahaja orang seperti Dato’ Dr Musa Nordin akan mencari kesalahan anda.

Rujukan:
(1) http://www.thetruenet.com/news/experts-say-no-to-malaysia-lockdown/
(2) http://mpf.org.my/wp/?p=1717
(3) http://mpf.org.my/wp/?p=1721

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 8/4/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.



Sumber berita ini daripada HARAKAH DAILY

JOM SUPPORT HARAKAH!!

Report

Written by Feed-Berita

Feed berita terkini dan muktahir dari sumber-sumber Astro Awani, Malaysiakini, BHarian, Hmetro

What do you think?