in ,

“Netizen Salah Faham Ni,” – Aliff Syukri Dedah Masih Bahagia, Perjelas Situasi Rumah Tangganya Kini


Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui dirinya terkejut apabila netizen membuat spekulasi kurang tepat mengenai hal rumah tangganya bersama isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid.

Katanya ketika dihubungi MH, ada netizen yang meninggalkan komen melampau hingga membuat tuduhan tanpa mengetahui hal sebenar yang berlaku.

Sitegiant E-commerce

“Jujurnya saya terkejut apabila secara tiba-tiba banyak teks yang masuk, bertanya itu dan ini mengenai hal rumah tangga saya.

“Ada yang menuduh dan tak kurang yang membuat spekulasi sendiri seterusnya menghentam saya.

“Surat tu (tuntutan cerai) bukan dari saya pun,” katanya.

Mengulas mengenai perkara terbabit, usahawan yang kini muncul dengan single Cuba Bahagia ini berharap agar netizen memahami situasi dan tidak lagi membuat andaian sendiri.

“Netizen salah faham ni. Kalau tengok betul-betul, bukan saya yang tuntut atau failkan. Saya sendiri pun terkejut bila ia tiba-tiba jadi viral.

“Saya harap, tidak ada lagi yang bertanya mengenai siapa yang failkan atau sebaliknya,” ujar Aliff.

Ditanya mengenai sejauhmana keharmonian rumah tangganya kini, Aliff menjelaskan dirinya masih lagi bahagia.

“Kalau tanya saya, ya…bagi saya masih bahagia. Saya pun tak tahu akan ada isu sedemikian sebab selama ini bagi saya okay sahaja.

“Tapi tak mengapalah. Saya pun tak mahu nak tuduh atau burukkan mana-mana pihak sebab paling penting ialah anak-anak yang sedang membesar,” akhirinya.

Untuk rekod, pasangan usahawan ini berkahwin pada 2007 dan dikurniakan lima orang anak iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem, Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah serta turut mengambil seorang anak angkat.



Informasi terkini di MEDIA HIBURAN

Report

Written by Feed-Hiburan

What do you think?