Media HiburanSelebriti

“Nanti Raya Tak Boleh Balik, Puncanya Benda Bangang Macam Ni,” – Isu Langgar SOP & Salah Guna Kebenaran Rentas Negeri, Datuk Hattan Bidas Siapa?


Sejak kebelakangan ini, isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) serta penyalahgunaan kebenaran merentas negeri semakin hangat diperkatakan.

Lalu masing-masing memberikan pandangan masing-masing, termasuk penyanyi Datuk Hattan.

Menurutnya, ekoran perbuatan tidak bertanggungjawab itu, pihak polis bakal mengenakan syarat yang lebih ketat dan rakyat di negara ini bakal menanggung akibatnya kelak.

“Assalamualaikum. Dengar sini semua. Arahan daripada ketua polis daerah. Ekoran isu Instafamous dan selebriti yang salah gunakan kebenaran merentas negeri yang diberikan oleh pihak PDRM.

“Esok anda salahkan pihak polis. Ini apa punca dia sebenarnya ni? Ini bukan salah pihak polis. Puncanya terjadi disebabkan segelintir sikap Instafamous dan selebriti.

“Jika anda dah dapat kebenaran nak pergi mana sekali pun, itu anda punya pasal. Bila dah dapat kebenaran tu, pandai-pandai la jaga. Yang pergi upload semua benda dekat sosial media dah kenapa?

“Ini yang terjadi bila ada sikap yang tidak bertanggungjawab. Cuba fikir secara waras. Semua gemar menunjuk-nunjuk,” katanya.

Luahan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Biso Bonar itu menerusi video berdurasi hapir dua minit yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Datuk Hattan turut berarap agar semua pihak dapat bertimbang rasa terutamanya bila memasuki bulan Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi.

“Kesian la juga dekat orang lain. Bulan Ramadan dah nak dekat. Raya pun bakal tiba. Orang ramai mengharap nak balik kampung. Silap-silap esok kita semua tak boleh balik kampung.

“Puncanya benda-benda bangang macam ni lah. Berhentilah perasan yang kita ni Instafamous atau selebriti.

“Orang lain pun popular juga. Tiada pun buat perangai macam ni,” jelasnya lagi.

Video berkenaan nyata mendapat perhatian ramai pihak selepas meraih lebih 80,000 jumlah tontonan selain turut dihujani ratusan komen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa yang sama selain turut berharap agar semua pihak dapat lebih berhati-hati lagi selepas ini.

Foto: Instagram Datuk Hattan





Informasi terkini di MEDIA HIBURAN

Related Articles

Back to top button