in

McGregor Hentam Khabib Di Twitter Dan Menggelarnya Pengecut – The Sukan


Conor McGregor akhirnya kembali bersuara membantai Khabib selepas agak lama beliau diam dan tidak memperdulikan fighter Rusia itu.

McGregor membantai Khabib ekoran dari fighter itu tidak dapat meneruskan perlawanan menentang Tony Ferguson Di UFC 249 bulan ini.

Sitegiant E-commerce

Pada hari Rabu lalu, Khabib Nurmagomedov secara rasminya mengesahkan bahawa beliau tidak dapat beraksi dalam perlawanan menentang Ferguson 18 April ini.

Pada hari Isnin lalu, Juara Lightweight itu mendedahkan bahawa beliau sudah berada di Rusia menerusi siaran langsung di Instagramnya.

Beliau turut mengesahkan bahawa laluan untuk keluar dan masuk di negaranya sudah ditutup ekoran dari ancaman wabak Covid-19.

Hal ini sangat mengecewakan Khabib dan para peminat yang gagal untuk menyaksikan perlawanan antara mereka. Ini adalah kali kelima perlawanan mereka dibatalkan.

McGregor menerusi laman Twitter miliknya, telah memberi reaksi tentang bagaimana cara Khabib menghadapi situasi seperti sekarang.

Beliau menuduh Khabib Nurmagomedov telah ‘ayamkan diri’ yang bermaksud menuduh Khabib seorang yang pengecut.

McGregor mengatakan Khabib pengecut selepas Juara Lightweight itu menarik diri dari perlawanan menentang Ferguson di UFC 249 April ini.

“Fakta sebenarnya ialah Tony dan Khabib telah diatur untuk pertarungan antara ‘ayam-ayam’.”

“Kali ini Khabib ‘ayam-kan’ dirinya dahulu. Jadi sekarang kedudukan 3-2 kelebihan untuk Tony. Khabib selamatkan diri dengan keluar dari US kerana krisis. Krisis yang sangat berisiko. Tahniah Tony,”

Tulis McGregor di Laman Twitter miliknya.

McGregor menyelar perlawanan antara Khabib menentang Ferguson mungkin kerana beliau masih tidak berpuas hati dengan Khabib.

Pembinaan perlawanan antara McGregor dan Khabib di UFC 229 juga agak panas dan perlawanan berakhir dengan McGregor didiamkan oleh Khabib.

McGregor turut mengungkit kembali sejarah pengaturan perlawanan antara Khabib dan Ferguson yang tidak pernah terjadi walaupun telah diatur untuk berlawan sebanyak lima kali sejak Disember 2015.

Empat pertemuan sebelum ini terpaksa dibatalkan kerana isu kesihatan kecergasan dan bermacam jenis masalah yang membawa kepada pembatalan perlawanan mereka.

Tetapi McGregor yang sebelum ini dikaitkan mahu perlawanan semula menentang Khabib dengan jelas menyalahkan fighter dari Rusia itu punca pembatalan kali kelima ini.

Pihak UFC kini sedang mempersiapkan Justin Gaethje untuk bertemu Ferguson menggantikan perlawanan yang sepatutnya menemukan Khabib dan Ferguson.

Tetapi sehingga kini masih belum ada keputusan muktamad dari pihak UFC untuk acara kemuncak di UFC 249.





Web Sukan Paling Power Dalam Dunia – THESUKAN.NET

Report

Written by Feed-Sukan

Feed informasi sukan terkini daripada website sukan terbaik VocketFC, Semuanya Bola, Foxsports.

What do you think?