Mingguan Wanita

Mak Ayah Cuma Ada Masa 13 Tahun Nak Bersama, Membentuk Anaknya – Mingguan Wanita


Sama ada mak ayah sedar atau tidak, mereka sebenarnya cuma ada masa 13 tahun saja nak membentuk mahupun menghabiskan waktu bersama anak-anaknya. Selepas usia itu, anak akan punya citarasa sendiri seiring perubahan usia mereka.

Dan inilah yang dikongsikan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling, di Kementerian Pelajaran Malaysia, Abdul Muiez Ruslee. Sebagaimana yang selalu diceritakan kepada ibu bapa yang hadir ke sesi ceramahnya.

Masa Mak Ayah Dengan Anak Cuma 13 Tahun Saja

Setiap kali ceramah keibubapaan, saya akan cakap, masa kita bersama anak ialah sehingga 13 tahun saja. Lepas itu mereka akan,
1. Melepaskan tali pergantungan kepada ibu bapa perlahan-lahan.
2. Mereka akan cuba meneroka kehidupan dengan cara mereka sendiri.
3. Mereka perlahan-lahan akan mula melebihkan kawan.

Sebab itu, jika ibu bapa nak membentuk anak, biarlah dalam masa 13 tahun itu. Dan sebab apa? Sebab dalam fatrah itu, ibu bapa masih boleh,
1. Marah anak.
2. ‘Pukul’ anak.
3. Piat telinga anak.
4. Paksa anak ikut cakap kita.

Marah macam mana pun, mereka akan tetap cari ibu ayah. Tetap peluk ibu ayah. Tetap akan merengek nak ikut mak ayah bila nampak mak pakai tudung atau ayah buka pintu. Kerana apa? Kerana mereka perlukan kita.

Selepas 13 Tahun, Ini Yang Anak Anda Akan Lalui

Sampai masanya, seiring dengan perubahan usia, mereka akan,
1. Mula memerap dalam bilik.
2. Tak nak ikut mak ayah pergi berjalan.
3. Beli pakaian mengikut citarasa mereka.
4. Pandai merajuk atau membentak kalau dipukul atau dimarah.
5. Akan ikut cakap kawan.

Lama ke tak 13 tahun tu? Sekejap saja ibu ayah sekalian.
Rasanya macam baru saja Iezat Wajdi ni lahir. Macam baru saja saya basuhkan berak dia. Macam baru saja daftar dia di tahun 1.

Sekarang dia dah tingkatan 1. Dah mula mencatur kehidupan dia secara mandiri. Tak nangis dah bila kena tinggal.

Ini permulaan ibu ayah sekalian.

Purata hari persekolahan sekitar 180 hari. Lagi 180 hari dia berada di rumah.

Adakah 180 hari itu digunakan secara optimum?
Jawapannya tidak. Kesibukan kita ditambah dengan urusan mereka sendiri, hanya berapa puluh hari saja kita dapat meraikan masa berkualiti dengan mereka dalam setahun.

Habis Sekolah, Anak Sambung Belajar, Bekerja Dan Berkahwin

Lepas itu, mereka akan masuk universiti, kerja, kahwin dan itulah dia anak yang kita lahirkan dahulu dah mula membina kehidupan sendiri bersama keluarga mereka pula.

Jadi ibu ayah sekalian.
Anak-anak yang ada dekat rumah tu, kita jagalah elok-elok.
1. Layan kalau mereka ajak berbual.
2. Layan kalau mereka ajak main.
3. Layan kalau mereka ajak naik motor.
4. Layan kalau mereka panjat badan kita.

Sampai satu masa, semua tu akan jadi kenangan.
Saya nasihatkan diri saya sendiri kerana percayalah, 13 tahun tu tak lama.

MW : Bila mak ayah layan anak elok-elok, insyaAllah anak akan kenang semua itu dan turunkan ilmu mak ayah itu pada anak-anaknya.

Sumber/Foto : Abdul Muiez Ruslee

Tunjuk kasih sayang pada keluarga, inilah perlu ayah didik anak lelaki sebelum remaja.

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya:  https://t.me/bangkitwanitaMW

Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.

Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.

Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.

Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40

Simpan Kira-kira Dan Urus Kewangan, Silap Urus Bisnes Lingkup

Klik sini untuk mendaftar : https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-kira-kira-dan-urus-kewangan-silap-urus-bisnes-lingkup/

Bisnes Kencang Di Shopee Bersama Coach Zul Dan Master Noorul

Klik sini untuk mendaftar : https://toko.ideaktiv.com/product/bisnes-kencang-di-shopee-bersama-coach-zul-dan-master-noorul/

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita





Mingguan Wanita – Dapatkan majalah Mingguan Wanita di kedai-kedai berhampiran.

Related Articles

Back to top button