in

Limpa Masak Jintan Bercili, Hidangan Sedap Untuk Seisi Keluarga


 

Limpa masak jintan bercili ni memang sangat sedap. Pedas-pedas berempah rasanya. Nak masak pun tak susah. Tuma tumis-tumis sahaja. Kalau tiada idea nak masak apa, boleh cuba masak limpa ni. Senang je. Sedap pulak tu.

Sitegiant E-commerce

LIMPA MASAK JINTAN BERCILI

BAHAN-BAHAN
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 batang serai
1 sudu besar jintan putih
2 cm kunyit
300 gram limpa lembu | basuh dan toskan
1/2 cawan air
15 biji cili padi
1 biji bawang besar | hiris bulat-bulat
1 biji cili besar hijau | potong serong
1 biji cili besar merah | potong serong
2 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa

CARA MEMBUAT
1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, serai, jintan putih dan kunyit.
2. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bahan kisar tadi.
3. Masukkan limpa dan air. Biarkan limpa agak kering.
4. Masukkan cili padi dan bawang basar. Masak sampai kering.
5. Masukkan cili besar hijau dan cili besar merah. Kacau lagi.
6. Masukkan sos tiram dan sedikit garam.
7. Gaul rata. Matikan api. Sedia dihidang. Boleh hiaskan dengan taburan jintan putih kasar di atasnya.

Selamat mencuba!



RASA

Dapatkan banyak lagi resepi meletop VERSI DIGITAL

Report

Written by Feed-Resepi

What do you think?