in

Lempeng Goreng Versi Mi Tak Jemu Makan


Jangan ingat lempeng tu dibuat untuk dicicah dengan sardin, kari dan sebagainya sahaja. Kena be creative kalau dah rasa bosan dengan menu lempeng yang biasa. Hah sebenarnya boleh jer lempeng ni goreng, letak telur , fuh memang terangkat sedap.

Bahan-bahan buat lempeng:

Sitegiant E-commerce

Tepung gandum 1 cawan
1 biji telur
Secubit garam
Sedikit minyak

Cara memasak:
1.Blend semua bahan2 hingga sebati
2.Panaskan pan
3.Sendukkan bahan blen tadi ke dalam pan
4.Balik2 kan sehingga garing pada kedua dua belah lempeng
5.Dah siap angkat dan sejukkan
6.Setelah sejuk gulung lempeng dan potong nipis2

Bahan untuk goreng lempeng

3 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
5 biji cili padi potong kecil2
2 biji telur
Ikan bilis di tumbuk kasar
Bahan perasa garam dan gula
Sedikit serbuk lada putih
Minyak untuk menumis

Cara memasak:
1.Panaskan minyak
2.Tumis bawang putih dan bawang merah
3.Masukkan ikan bilis
4.Masukkan telur
5.Masukkan garam dan gula
6.Masukkan hirisan lempeng goreng tadi
7.Gaul rata masukkan lada sulah
8.Sesuaikan rasa
9.Siap, angkat dan sedia untuk dihidangkan



RASA

Dapatkan banyak lagi resepi meletop VERSI DIGITAL

Report

Written by Feed-Resepi

What do you think?