Lelaki Hantar Gambar ‘Siput Sedut’, Fatin Afeefa Buat Laporan Polis

Meskipun sudah bergelar ibu kepada dua orang cahaya mata, namun pelakon Fatin Afeefa tetap tampil cantik seperti anak dara. Malah, foto-foto yang dimuat naiknya sering menjadi perhatian ramai yang menggumi kecantikannya.

Bagaimanapun, baru-baru ini Fatin dilihat ada memuat naik foto OOTD hitam putih sambil memakai topeng muka. Meskipun, wajahnya tidak jelas kelihatan namun tetap ada yang meninggalkan komen berunsur ‘lucah’.

BACA: Fatin Afeefa Dah Tutup Kilang, Tak Mahu Kahwin Lagi

Menerusi ruangan komen, Fatin memaklumkan dia akan mengambil tindakan terhadap seorang netizen yang menghantar gambar ‘siput sedut’ menerusi DM.

Menurut Fatin, lelaki berkenaan telah melakukan serangan seksual terhadapnya dengan menghantar gambar tidak senonoh kepadanya.

Dalam pada itu, komen Fatin itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen lain yang bersetuju dengan teguran lantang dilakukan serta berharap tiada lagi lelaki miang menghantar gambar bukan-bukan kepada pelakon itu.




ROTIKAYA

Check Also

Lancar Lagu Baru, Da’i Syed Harap Respon Positif Peminat

Meskipun kes jenayah seksual melibatkan dirinya masih lagi dalam perbicaraan mahkamah, namun ia tidak menghalang …