in

Lebih 1 juta orang dijangkiti Covid-19


Washington: Lebih satu juta kes Covid-19 dicatatkan diseluruh dunia berdasarkan data terkini dikeluarkan Universiti Johns Hopkins.

Hampir 53,000 orang meninggal dunia manakala lebih 210,000 yang dijangkiti kini pulih berdasarkan data universiti Amerika Syarikat (AS).

Sitegiant E-commerce

BBC melaporkan, AS mencatatkan kes terbanyak dengan lebih 1,000 kematian sejak beberapa hari lalu.

Pandemik ini mula dikesan di tengah China, sejak tiga bulan lalu.

Berdasarkan data yang diperoleh Johns Hopkins merekodkan satu juta kes walaupun angka sebenarnya jauh lebih tinggi.

Ia mengambil tempoh sebulan untuk mencapai 100,000 kes pertama sebelum melonjak kepada satu juta beberapa minggu kemudian.

Daripada jumlah keseluruhan kes, hampir suku daripadanya dicatatkan di AS manakala separuh lagi daripada negara Eropah lain.

Pada Khamis, Sepanyol memaklumkan 950 rakyatnya meninggal dunia dalam tempoh 24 jam dan menjadi jumlah kematian tertinggi dalam mana-mana negara untuk tempoh sehari.

Angka dijangkiti di Sepanyol juga meningkat daripada 102,136 kes pada Rabu kepada 110,238 kes keesokannya dan pihak berkuasa yakin kes kini sedang memuncak.

“Jumlah kes meningkat lapan peratus dan kini kami mahu menstabilkan data pesakit yang diperoleh,” katanya Menteri Kesihatan Sepanyol, Maria Jose.





Hmetro Online

Report

Written by Feed-Berita

Feed berita terkini dan muktahir dari sumber-sumber Astro Awani, Malaysiakini, BHarian, Hmetro

What do you think?