BlogRotikaya

Lancar Lagu Baru, Da’i Syed Harap Respon Positif Peminat


Meskipun kes jenayah seksual melibatkan dirinya masih lagi dalam perbicaraan mahkamah, namun ia tidak menghalang pendakwah dan penyanyi Da’i Syed untuk melancarkan single terbarunya dikhabarkan hari ini.

Akui gementar dengan pelancaran single terbarunya, Ya habib, Syed atau nama sebenarnya Syed Syah Iqmal Syed Mohammad Shaiful berharap respon positif dari peminat.

BACA: Ramai Wanita Tak Keruan Tengok Da’i Syed Pakai Apron Buat Cookies

“Saya amat mengharapkan sokongan semua peminat terhadap lagu baru saya yang akan dilancarkan esok sekali dengan video muzik.

“Saya tak anggap mereka yang membenci atau memboikot saya sebagai salah dan saya tidak menyalahkan sesiapa, bahkan saya sentiasa memaafkan semua orang.

“Saya tak ada rasa dendam, rasa sakit hati tu masih ada cuma tidaklah sampai tahap dendam, orang kutuk saya, saya kutuk balik tak ada. Saya hanya mendiamkan diri,” katanya.

Syed berkata, lagu tersebut ditulis olehnya sewaktu 20 hari berada di dalam tahanan dan muzik video turut mempunyai beberapa kenangan ketika berada di tempat tersebut.

“Sepanjang dalam tahanan saya sempat menulis lirik, mencipta melodi dan inilah momemnnya saya berharap semua peminat dapat berikan sokongan,” katanya.





ROTIKAYA

Feed-Blog

Feed daripada blog-blog terbaik kami kongsikan buat tatapan anda semua.

Related Articles

Back to top button