in

Kebenaran solat tarawih di masjid, surau bergantung pada PKP | Nasional


PUTRAJAYA: Kebenaran melaksanakan solat tarawih berjemaah di masjid dan surau tahun ini bergantung sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan ke fasa ketiga atau tidak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata pihaknya akan membuat kenyataan selepas pengumumum PKP dibuat Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Mohd Yassin.

Sitegiant E-commerce

“Sekiranya ada perkembangan baharu dan wabak COVID-19 itu dapat dibendung kita akan keluarkan kenyataan,” katanya pada sidang media pada Majlis Penyampaian Sumbangan Musa’adah COVID-19 dan Penyerahan Zakat dari Bank Rakyat kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ).

Pada tahun ini tarikh penetapan umat Islam di Malaysia mula berpuasa adalah pada hari Jumaat, 24 April.

Pada majlis itu Bank Rakyat menyumbang sebanyak RM1.5 juta untuk Tabung Musa’adah COVID-19 dan RM 2.58 juta kepada PPZ.



Bharian Online

Report

Written by Feed-Berita

Feed berita terkini dan muktahir dari sumber-sumber Astro Awani, Malaysiakini, BHarian, Hmetro

What do you think?