Kanak2 comot sanggup jalan kaki jauh ambil bantuan demi datuk sakit dirumah


Memasuki bulan April, Perintah Kawalan Pergerakkan sudah pun memasuki fasa kedua. Ketika ini sememangnya ramai diantara keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana mulai terkesan dengan apa yang berlaku.

Jadi, sumbangan dan juga bantuan daripda mana-mana pihak sangatlah diharapkan bagi memastikan dapur rumah berasap.

Namun begitu, bukan semua insan mudah untuk mendapatkan bantuan tersebut. Ada diantara mereka terpaksa keluar jauh dari tempat tinggal yang agak pedalaman bagi memastikan perut terisi.

Hal ini samalah seperti satu perkongsian yang dibuat oleh pengguna Facebook. Dia memuat naik kisah seorang kanak-kanak dari  Sabah yang terpaksa berjalan kaki dalam jarak yang jauh semata-mata untuk mendapatkan sumbangan makanan.

 

Tambah menghibakan apabila kanak-kanak yang terlihat agak comot itu begitu gembira setelah mendapatkan sumbangan barang dapur daripada penyumbang.

Tambah kanak-kanak itu lagi, datuknya sedang sakit di rumah. Mereka merupakan antara penghuni sebuah pulau terbesar di Sabah dan juga sebuah pulau termiskin.

Mesej yang dihantar oleh seorang pendakwah yang dikenali sebagai Ustaz Muhammad Syazwan itu kepada Aisyah Abdul Halim begitu meruntun jiwa.

Rata-rata warganet yang melihat posting tersebut turut berasa tersentuh dengan keadaan kanak-kanak tersebut. Mereka juga berharap dapat sama-sama menbantu dan mendoakan agar segala urusan keluarga itu serta pihak NGO dipermudahkan sepanjang PKP ini.

 

 

 

 

Sumber : Aisyah Abdul Halim





Banyak lagi cerita MELETOP di OH MY MEDIA