in ,

Kalau Dapat Gaji Penuh, Cubalah Bayar Yuran Pengasuh/Taska Penuh. Kalau Tiada Berbincang Baik-Baik – Pa&Ma


Semua orang sedang terkesan dengan wabak COVID-19, secara langsung ataupun tidak. Namun masih ada majikan yang membayar gaji secara penuh walaupun pekerja sudah mula bekerja dari rumah.

Namun ada juga yang terjejas dan tidak mendapat gaji kerana mereka mungkin mendapat gaji harian. Situasi setiap orang berbeza-beza begitu juga ujian mereka. Bagi yang mendapat gaji penuh, cubalah untuk membayar yuran taska/pengasuh secara penuh walaupun hanya 15 hari anak anda dibawah jagaan mereka. Anggap sahaja itu sebahagian sedekah dan juga membersihkan rezeki kita. Bagi yang tidak berkemampuan ketika ini, cuba berbincang dengan pengasuh atau pemilik taska.

Sitegiant E-commerce

IMPAK COVID19

Dear all dan sahabat Pengusaha Taska Tadika yang dirahmati Allah swt. PARENTS TAK MAHU BAYAR YURAN PENUH. Pasti ada sebabnya. PENGUSAHA MOHON YURAN PENUH.Pasti ada sebabnya. Ujian Covid19 yang memberi kesan kepada semua.

ITS OK. ALLAH ADA

Dari surah ALI IMRAN:159 saya nak relatekan apa saya faham dan bagaimana kita ( pengusaha dan ibu bapa)harus bertindak………..

Saya bukan pandai sangat dalam mengupas ayat Quran tetapi yang saya faham dari maksud surah ALI IMRAN:159 apabila berdepan dengan sesuatu KONFLIK , kita samada IBU BAPA & PENGUSAHA TASKA TADIKA perlu;

•berlemah lembut at all time. dalam apa keadaan perlu menyantuni antara satu masa lain

•jika berkasar hubungan kita terganggu dan boleh menyebabkan kedua pihak menjauhkan diri dan boleh putuskan hubungan. Emosi kita juga terganggu , parents pasti akan marah dan mungkin keluarkan anaknya dari Taska Tadika kita.

•jika benar-benar parents itu ada masalah kita perlu maafkan dan beri pertimbangan . Disini kita mungkin boleh fikir untuk pertimbangkan yuran> Kita perlu tahu apa masalah dia sebagai satu keluarga ( Di sini kita boleh niat untuk buat kebajikan kepada yang perlu) BUT sebaliknya ibu bapa perlu memahami keadaan pengusaha. Ibu bapa pula maafkan pengusaha kerana pihak Taska Tadika akan menghadapi kekangan perbelanjaan yang amat dirasai satu Malaysia.

Perlu ada ITS OK di sini. Majoriti parents yang tidak ada masalah, bayarlah penuh. Segelintir yang tidak mahu itu kita harus fahami mereka ……ITS OK, dalam rezEki kita ada rezki dia.

•bermesyuarat dan bincang secara sepakat dengan mereka. Jika ada 2-3 % yang benar-benar dalam kesusahan then kita perlu beri pengurangan yuran atau tangguhkan bayaran ke bulan-bulan akan datang .Kedua pihak perlu buat pertimbangan untuk buat keputusan yang adil. WIN- WIN. Parents yang tidak ada masalah bayarlah penuh ya…… Pasti niat meringankan beban pihak pengusaha sekarang akan meringankan beban pihak ibu bapa kemudian.

We need each other.

•bulatkan tekad ( buat keputusan bersama ) dan kita semua pengusaha satu Malaysia perlu sepakat.

•bertawakkal kepada Allah atas apa yang kita sudah putuskan . ALLAH suka hambaNYA yang bertawakkal

•Allah mencintai org yg bertawakkal
bukan maksud saya kita beserah kepada ibu bapa yang tidak mahu bayar yuran penuh.

BE NICE AT ALL TIME!
Allah sayang kita semua.

#RozitaKamil
#CovidMECCare

Sumber: Rozita Kamil



Pa&Ma
Dapatkan majalah Pa & Ma VERSI DIGITAL

Report

Written by Feed - Famili

What do you think?