in

Insentif golongan berpendapatan rendah di Terengganu


KERAJAAN negeri Terengganu memperuntukan RM9.6 juta untuk insentif kepada golongan berpendapatan rendah yang terputus mata pencarian berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menjelaskan, peruntukan melalui Pakej Rangsangan Terengganu Cakna (PRTC), Fasa Empat itu memberi tumpuan kepada golongan peniaga kecil, buruh, petani, peneroka, pemandu teksi dan penarik beca.

Sitegiant E-commerce

Jelasnya, peruntukan tambahan untuk membantu golongan yang terputus mata pencarian sejak PKP dikeluarkan akan disalurkan kepada semua 32 kawasan Dewan Undangan negeri (DUN).

“Melalui PRTC fasa empat itu, setiap kawasan DUN akan menerima peruntukan tambahan sebanyak RM300,000 bagi mengurangkan golongan itu yang terjejas akibat wabak pandemik COVID-19,” katanya melalui kenyataan di Facebook, hari ini.

Dr Ahmad Samsuri menjelaskan, peruntukan tambahan untuk membantu golongan itu sebagai langkah tepat selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelanjutan tempoh PKP sehingga 14 April depan.

Jelasnya, kerajaan negeri merasakan untuk jangka masa yang lama, rakyat terutama golongan itu wajar diberi perhatian sepenuhnya termasuk yang berpendapatan harian dan tidak tetap.

“Pusat Khidmat Masyarakat dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) diberi tanggungjawab untuk mengenal pasti golongan berkenaan.

“Saya yakin dan percaya rakyat mampu hadapi waktu yang genting ini secara bersama dengan kerjasama penuh daripada semua pihak terutamanya mematuhi arahan pihak berkuasa,” katanya.

Ketika mengulas pengagihan bekalan makanan asas dikendalikan MPKK, Ahmad Samsuri mengakui berlaku sedikit perasaan tidak puas hati di kalangan penerima berikutan pengagihan terpaksa dilakukan melalui dua fasa.

“Keadaan itu berlaku kerana Pusat Khidmat Masyarakat sukar memperolehi bekalan daripada pembekal sekali gus.

“Saya dimaklumkan pengagihan barangan keperluan asas termasuk beras, minyak masak, tepung gandum dan gula selesai diagihkan hari ini, ” katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19




  • Hmetro Online

    Report

    Written by Feed-Berita

    Feed berita terkini dan muktahir dari sumber-sumber Astro Awani, Malaysiakini, BHarian, Hmetro

    What do you think?