in

Hotel Tower Regency Ipoh Hentikan Operasi. 140 Staf Hilang Pekerjaan


Pengusaha perhotelan di negara ketika ini, masing-masing sedang bergelut dengan masalah kewangan ekoran penularan COVID-19.

Hotel Tower Regency juga dikatakan antara yang terkena tempias dan akan menghentikan operasi hotelnya pada akhir April ini. Kira-kira 140 pekerja Tower Regency Hotel & Apartments yang terletak di Ipoh itu juga turut akan kehilangan pekerjaan mereka susulan penutupan operasinya pada tarikh 30 April 2020 nanti.

Sitegiant E-commerce

Memo dalaman berhubung penutupan hotel itu mula tersebar di media sosial dan dikongsi oleh bekas Perdana Menteri menerusi Facebook Najib Razak dalam satu hantaran di Facebook.

Dalam memo dalaman bertarikh 31 Mac yang tersebar di aplikasi WhatsApp menyebut hotel yang beroperasi sejak Januari 2009 itu mengalami kerugian jutaan ringgit sejak tiga tahun lalu ketika cuba memastikan operasi berjalan seperti biasa. Pihak pengurusan menambah bahawa wabak Covid-19 telah memburukkan keadaan semasa hotel tetapi memberi jaminan bahawa pekerja akan menerima gaji mereka dan pampasan atau faedah pemberhentian pekerja selaras dengan peruntukan undang-undang.

‘Dengan berat hati hotel ini perlu mengambil langkah drastik untuk menghentikan operasinya. Pandemik Covid-19 turut menjejaskan industri perhotelan dan juga setiap peluang untuk memulihkan operasi hotel itu pada masa depan. Semua pekerja akan dibayar gaji selain penamatan pekerjaan dan faedah mengikut Akta Pekerjaan,’ demikian menurut memo tersebut.

Akhbar The Star memetik pengarah urusan hotel itu, Simon Leong sebagai berkata selain Covid-19 dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP), industri hotel juga telah terjejas oleh “persaingan yang tidak adil”.

“Industri hotel telah terjejas teruk oleh persaingan yang tidak adil dari homestay dan penginapan tidak terkawal lain untuk sekian lama. Jenis penginapan seperti ini hanya tertakluk kepada syarat minimum, jika ada pun pematuhan ia hanya bermakna kos minimum kepada mereka,” katanya.

Sumber: mstar | Malaysia Kini



Libur

Report

Written by admin

What do you think?