in

“Hapuslah air matamu Tan Sri Muhyiddin, demi kesejahteraan kami..”


Bukan mudah memerintah sebuah negara demi ‘kepuasan’ rakyat tercinta apatah lagi ketika sedang cuba untuk mengekang wabak Covid-19 yang kini telah mencecah 20 kes kematian.

Bagi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk rakyat Malaysia dengan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan hingga 14 April ini.

Sitegiant E-commerce

Beberapa posting di laman Facebook membuat dedikasi istimewa untuk pemimpin berusia 72 tahun itu yang diibaratkan seperti ketua keluarga dalam menasihati anak-anaknya.

Suka dengar perutusan beliau, umpama amanat seorang bapa untuk anak-anaknya.. Tulus, jujur boleh nampak tingkah…

Posted by Nasherniema Ernie on Tuesday, March 24, 2020

“Setiap kata-katanya umpama beliau merasai setiap jerit perih yang rakyat lalui. Dikala beliau mengambil tampuk pemerintahan negara ini, tidak mudah ujian yang ditempuhi..
“Tetapi beliau harus kuat demi menunjukkan semangat beliau kepada rakyat yang dicintai. Hapuslah air matamu demi kesejahteraan kami,” tulis Nasherniema Ernie.

Posting di page Sarawak Viral pula berkata, Muhyiddin berpesan ‘Stay At Home’ berulang kali namun sekiranya rakyat terus berdegil, beliau terpaksa berkerja keras lagi untuk memikirkan rancangan seterusnya.

Dia adalah Perdana Menteri Malaysia Ke-8Sebaik saja dilantik PM, beliau terus diuji isu berkaitan dengan virus yang…

Posted by Sarawak Viral on Wednesday, March 25, 2020

“Sebaik saja dilantik PM, beliau terus diuji isu berkaitan dengan virus yang boleh membawa maut. Beliau bukan saja-saja nak lanjutkan hingga 14 April 2020. Beliau nak rakyatnya selamat dan dijauhi daripada penularan wabak
Beliau seperti bapa sayangkan anak dan ketua keluarga untuk rakyat Malaysia. Tanggungjawabnya sangat besar setelah kehadiran Covid-19 sudah berada di Malaysia dan tertinggi di Asia Tenggara setakat ini,” katanya.

Malah dengan tenang menguruskan pentadbiran, beliau turut mengumumkan beberapa inisiatif demi meringankan bebanan rakyat berikutan krisis wabak tersebut.

Sumber : Nasherniema Ernie , Sarawak Viral





Banyak lagi cerita MELETOP di OH MY MEDIA

Report

Written by Feed-Blog

Feed daripada blog-blog terbaik kami kongsikan buat tatapan anda semua.

What do you think?