in

Gesa Malaysia benarkan pelarian Rohingya masuk, Tengku Emma diburu netizen


Baru-baru ini pula terdapat beberapa kapal yang dipercayai cuba menyeludup masuk lebih ramai lagi pelarian Rohingya ke Malaysia, namun telah berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa.

Selepas tangkapan itu, Duta TERC ke Malaysia, Tengku Emma Zuriana Tengku Azmi dalam satu kenyataan media, menegaskan tindakan Malaysia untuk tidak menerima pendatang Rohingya yang baru tiba, adalah membahayakan nyawa mereka.

Sitegiant E-commerce

“Sepatutnya Malaysia perlu menerima pelarian Rohingya secara terbuka dan menempatkan mereka di satu pusat kuarantin untuk melakukan pemeriksaan kesihatan…”

Malah tambahnya, undang-undang antarabangsa mewajibkan mana-mana negara untuk melindungi pelarian yang mendarat di tempat mereka.

“Namun, kami tetap merayu agar kerajaan Malaysia untuk berlembut hati (membenarkan Rohingya mendarat) atas dasar kemanusian terhadap puak minoriti yang paling ditindas dalam dunia…”

Walau bagaimana pun, perjuangan hak etnik Rohingya yang dipertahankan Tengku Emma mendapat kecaman ramai, apabila majoriti rakyat Malaysia mula kurang senang dengan kelantangan seorang wakil etnik itu yang berani meminta hak sama rata.

Dear Tengku Emma Zuriana Tengku Azmi, Duta Majlis Rohingya Eropah ke Malaysia,Apa kata Tengku beli pulau pulau…

Posted by Lynn Castello on Wednesday, April 22, 2020

Kelantangan suaranya dalam membantu etnik Rohingya telah membuatkan wanita itu menerima kecaman, lantaran ramai yang tidak lagu mahu ada kemasukan pendatang tanpa izin.

Sumber : Malay Mail, Air Times & Facebook





Banyak lagi cerita MELETOP di OH MY MEDIA

Report

Written by Feed-Blog

Feed daripada blog-blog terbaik kami kongsikan buat tatapan anda semua.

What do you think?