in

Ekonomi 2020 dijangka antara -0.2 peratus hingga 0.5 peratus – BNM

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengunjurkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi tahun 2020 pada kadar antara -0.2% hingga 0.5%, susulan permintaan global yang lemah, serta gangguan rantaian bekalan global dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat COVID-19.

Walaupun PKP yang dilaksanakan telah mengganggu prestasi ekonomi serta perniagaan, namun, institusi itu berkata, ia amat diperlukan bagi memastikan virus itu tidak terus menular.

BNM berkata pakej rangsangan yang diperkenalkan kerajaan mampu menyerap impak akibat kejatuhan ekonomi.

Sitegiant E-commerce

“Kedua-dua Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 dan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, termasuk langkah kewangan perbankan akan menyediakan sokongan yang memadai untuk isi rumah serta perniagaan.

“Langkah-langkah ini dijangka dapat menambah 2.8 mata peratusan kepada pertumbuhan KDNK untuk 2020.

“Turut menyokong pertumbuhan ialah penerusan projek infrastruktur berskala besar, yang dijangka dapat menambah 1 mata peratusan kepada pertumbuhan untuk tahun ini,” katanya dalam laporan Kajian Ekonomi dan Monetari 2019.

BNM meramalkan ekonomi Malaysia akan pulih kembali menjelang 2021 selari dengan unjuran pemulihan ekonomi global.

“Kemungkinan langkah pro pertumbuhan akan memberikan kesan lebih besar dari jangkaan, serta prestasi ekonomi global yang lebih baik dari jangkaan susulan beberapa langkah rangsangan yang dilakukan kebanyakan Negara,” katanya.

BNM turut yakin Malaysia mampu mengharungi tempoh sukar ini berdasarkan pengalaman lepas dalam membendung episod kejutan ekonomi.

Bank Dunia pada 31 Mac lepas mengunjurkan ekonomi Malaysia berada pada -0.1 peratus untuk tahun ini akibat ketidaktentuan COVID-19.

Ia penurunan unjuran yang besar berbanding unjuran awal Bank Dunia pada 4.5 peratus.





Astro Awani

Report

Written by Feed-Berita

Feed berita terkini dan muktahir dari sumber-sumber Astro Awani, Malaysiakini, BHarian, Hmetro

What do you think?