in

Edinson Cavani Dikaitkan Dengan Perpindahan Ke Vissel Kobe


Penyerang kelab Ligue 1, Paris Saint-Germain iaitu Edinson Cavani dikaitkan dengan perpindahan menyertai kelab dari saingan J. League, Vissel Kobe.

Menurut laporan media Jepun, Football Zone, akhbar di Uruguay menyatakan Cavani sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan PSG bagi mencari cabaran baharu musim hadapan dan Jepun dilihat sebagai destinasi yang seterusnya.

Sitegiant E-commerce

Sumber Gambar: Bleacher Report

Menurut akhbar Uruguay iaitu Ovacion, faktor utama mengapa saingan J. League menjadi destinasi seterusnya ialah salah seorang bekas pemain, Diego Forlan pernah beraksi di sama bersama Cerezo Osaka dan Forlan mungkin memberikan Cavani gambaran bagaimana saingan dan juga budaya di Jepun.

Dalam saingan musim 2019/2020, Edinson Cavani selalu menjadi pilihan kedua di belakang pemain pinjaman dari Inter Milan, Mauro Icardi bagi mengisi posisi penyerang utama.

Edinson Cavani

Sumber Gambar: PSG Talk

Oleh itu, ramai pihak berpendapat Cavani mahu berhijrah dan mencari cabaran baharu setelah beraksi bersama PSG sejak 2013.

Vissel Kobe sebelum ini pernah membawa masuk pemain berprofil tinggi seperti pemenang Piala Dunia edisi 2010 iaitu David Villa dan Andres Iniesta selain bekas penyerang Jerman, Lukas Podolski.

Podolski dan Villa telah meninggalkan pasukan dan kini kelab bimbingan Torsten Fink itu mahu mencari penyerang baharu bagi digandingkan dengan Iniesta.

Jika Cavani menyertai Vissel, maka perkara tersebut akan menjadi sejarah yang tersendiri bukan sahaja terhadap kelab malah saingan J. League itu sendiri.

Baca artikel lain mengenai Vissel Kobe di sini:

Pemain Pertahanan Vissel Kobe, Gotoku Sakai Disahkan Positif COVID-19

Jersi ‘Fullset Player Issue’ Vissel Kobe Dijual Pada Harga RM1,320 Sehelai Kejutkan Peminat Bola Sepak Malaysia

TMJ Akui Vissel Kobe Berada Di Kelas Yang Tersendiri





VocketFC

Report

Written by Feed-Sukan

Feed informasi sukan terkini daripada website sukan terbaik VocketFC, Semuanya Bola, Foxsports.

What do you think?