in ,

“Di Rumah Tiada Apa Nak Bagi Anak Isteri Makan.” Bapa Muda Kayuh Basikal Mohon Sumbangan – Pa&Ma


Memandangkan situasi sekarang ini pergerakan terhad ia sedikit memberi kesulitan kepada individu yang bergantung pada gaji hari atau hanya bekerja sendiri. Keadaan ini bukan saja memberi kesulitan tetapi menyebabkan mereka ini terpaksa berjimat.

Betul bagi orang yang tiada masalah mereka hanya akan rasa bosan kerana tidak dapat keluar tetapi bagi golongan yang sederhana dan berpendapatan rendah, keadaan ini benar-benar buatkan mereka rasa sedikit tertekan. Lagi-lagi yang mempunyai anak dan memerlukan bekalan makanan.Melalui perkongsian Abam Botak yang juga seorang sukarelawan dan sering membantu masyarakat, dia telah berkongsi kisah seorang bapa muda yang mengejar van bantuannya untuk memohon sumbangan.

Sitegiant E-commerce

Kayuh basikal minta sumbangan

Apa yang membuatkannya berasa sebak bapa ini sanggup mengayuh basikal dari jauh dan menahan vannya untuk merayu sedikit sumbangan kerana sudah tiada apa-apa dirumah.

Bagaimanapun ia sedikit sedih apabila ketika itu Abam Botak hanya membawa barangan yang ingin diberikan kepada orang yang sudah terlebih dahulu dimaklumkan untuk dibantu.

Namun pada keesokan harinya, sumbangan dapat diberikan setelah mereka bertukar nombor telefon.Nak salam cium tangan sebab terharu

Dalam perkongsian Abam Botak, bapa muda itu berkali-kali mengucapkan terima kasih diatas bantuan yang diberikan sehingga mahu mencium tangannya.

Namun dia menjelaskan rezeki ini hasil sumbangan orang ramai dan ia juga adalah rezeki untuk isteri dan anak dirumah.

Di kesempatan itu, pengguna Facebook turut sempat menititpkan sedikit pesanan agar sentiasa bertawakal dan mengharapkan pembalasan yang baik-baik daripada Allah S.W.T diatas usaha murni ini.

Sumber: FB Abam Botak



Pa&Ma
Dapatkan majalah Pa & Ma VERSI DIGITAL

Report

Written by Feed - Famili

What do you think?