in

COVID-19: UNGA lulus resolusi perangi COVID-19 | Amerika


NEW YORK: Satu resolusi yang menggesa kerjasama di peringkat antarabangsa dalam memerangi wabak coronavirus (COVID-19) diluluskan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNGA).

Resolusi berkenaan yang diluluskan secara konsensus turut menekankan rasa hormat sepenuhnya terhadap hak asasi manusia, dan tiada tempat untuk sebarang unsur diskriminasi, perkauman atau xenofobia dalam menangani pandemik berkenaan.

Sitegiant E-commerce

Cubaan Russia dan empat negara lain dalam menentang resolusi berkenaan bagaimanapun gagal.

Resolusi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) terbabit antara lain menekankan peranan semua pihak dalam menangani krisis ekonomi serta kesihatan global.

Ia diserahkan oleh Switzerland, Indonesia, Singapura, Norway, Liechtenstein dan Ghana, serta dipersetujui 189 daripada 193 negara anggota.

Teks Russia yang turut membincangkan kerjasama turut menyertakan tuntutan untuk penghapusan sekatan antarabangsa, dilihat sebagai cubaan untuk mengganggu usaha memerangi virus terbabit.

Ia menerima sokongan Republik Afrika Tengah, Cuba, Nicaragua dan Venezuela.

Tidak seperti Majlis Keselamatan PBB, resolusi yang diluluskan UNGA tidak terikat, tetapi memiliki nilai politik tinggi, berdasarkan sokongan diterima. – AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19


  • Bharian Online

    Report

    Written by Feed-Berita

    Feed berita terkini dan muktahir dari sumber-sumber Astro Awani, Malaysiakini, BHarian, Hmetro

    What do you think?