in

Covid-19 terus ‘menggila’ di 192 buah negara


NEW YORK – Serangan virus Covid-19 yang sehingga kini belum ada vaksin semakin menggila apabila angka kematian seluruh dunia sudah mencecah sehingga 88,455 kes ketika artikel ini ditulis pagi ini.

Malah kes keseluruhan positif pandemik ini pula sudah melebihi angka 1.5 juta dengan Amerika Syarikat (AS) sahaja dilaporkan mempunyai 434,802 kes dengan kematian 14,688.

Sitegiant E-commerce

Agensi melaporkan sehingga pagi tadi, lebih 1,517,835 kes jangkitan disahkan di 192 negara dan wilayah, manakala sekurang-kurang 330,266 daripada jumlah itu dianggap telah sembuh.

Bagaimanapun, AFP pula memberi gambaran melalui data yang dikumpul oleh mereka, ini mungkin hanya sebahagian daripada jumlah sebenar jangkitan.

Data-data ini diperolehi daripada pihak berkuasa negara selain maklumat daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) setakat ini.

Ada juga laporan segelintir negara hanya melakukan saringan kesihatan terhadap kes paling serius sahaja manakala yang lain-lain dibiarkan dahulu.

Berdasarkan laporan agensi antarabangsa, AS telah merekodkan kematian baharu tertinggi dalam tempoh itu membabitkan 1,940 mangsa, disusuli UK (938), Sepanyol (747) dan Itali (542).

Itali yang mula melaporkan kematian pertama pada akhir Februari lalu, mencatatkan korban tertinggi berjumlah 17,792 dan 139,422 kes jangkitan.

Sepanyol pula merekodkan jumlah 14,792 kematian dan 148,220 kes jangkitan, setakat ini.

Perancis pula melaporkan 10,869 kematian dan 112,950 jangkitan, diikuti Britain dengan 7,097 korban serta 60,733 kes.

Sementara itu China, tidak termasuk Hong Kong dan Macau, mengisytiharkan 3,333 kematian dan 81,802 kes, setakat ini, dengan 77,279 pesakit sembuh.

Petugas KKM mengambil sampel saringan Covid-19 terhadap salah seorang penduduk Kampung Sungai Lui berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi membendung penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sungai Lui Hulu Langat, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 02 APRIL 2020.

Negara seperti Antigua dan Barbuda, Barbados, Belize, Malta serta Kepulauan Virgin AS yang sebelum ini dianggap ‘selamat’ mula mengumumkan korban pertama akibat COVID-19 sejak malam kelmarin.

Setakat ini, negara-negara Eropah telah mencatatkan 772,592 kes jangkitan dan 61,118 kematian; AS campur Kanada (423,535 kes, 14,285 kematian); dan Asia (125,864 kes, 4,409 kematian).

Bagi Asia Barat (89,003 kes, 4,238 kematian); Amerika Latin bersama Caribbean (40,671 kes, 1,612 kematian); Afrika (11,119 kes, 571 kematian); dan Oceania (7,138 kes, 56 kematian).

Anggota Angkatan Tentera Malaysia mengawal keadaan jalan keluar dan masuk berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi membendung penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Plaza City One, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 02 APRIL 2020.

Pengamatan MalaysiaGazette pula mendapati kes positif serta kematian terus berlaku setiap minit tanpa henti dengan hampir kebanyakan negara sudah mula melakukan perintah berkurung bagi memastikan penularan dapat di bendung. –MalaysiaGazette



Malaysiagazettee

Report

Written by Feed-Berita

Feed berita terkini dan muktahir dari sumber-sumber Astro Awani, Malaysiakini, BHarian, Hmetro

What do you think?