in ,

Covid-19: Robot Ganti Graduan Naik Pentas, Pelajar Universiti Ini Gembira Akhirnya Konvo!


Penularan wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia sedikit sebanyak telah memberi kesan terhadap aktiviti harian, perniagaan, pelancongan dan juga institusi pendidikan. Oleh itu, kebanyakan institusi pendidikan di seluruh dunia seperti kolej-kolej dan universiti awam ini mengambil langkah proaktif dengan menangguhkan majlis graduasi mereka.

Walaupun begitu, kekecewaan bakal graduan dari Business Breakthrough University / Graduate School (BBT) di Jepun sedikit terubat apabila pihak pengurusan universiti telah mengadakan hari graduasi dengan cara yang sangat kreatif dan selamat.

Sitegiant E-commerce

4 graduan mewakili pelajar lain

Menerusi laporan yang dipetik daripada Mothership, BBT telah mengadakan hari graduasi tersebut pada 28 Mac 2020 di Hotel Grand Palace, Tokyo. Majlis tersebut diadakan secara atas talian di mana robot avatar atau ‘Newme’ yang akan mewakilkan para pelajar untuk menerima sijil graduasi.

Tetapi apa yang menariknya, pihak universiti turut membuat video call  kepada para pelajar supaya mereka dapat merasai sendiri suasana majlis tersebut. Dalam majlis tersebut, seramai 4 orang graduan menjadi wakil kesemua graduan bagi mengendalikan robot avatar tersebut dari rumah.

Idea ‘Newme’ pertama di dunia

Difahamkan, penggunaan ‘Newme’ dalam majlis graduasi di BBT adalah idea pertama di seluruh dunia dan merupakan ciptaan Ana Holdings iaitu syarikat yang memperkenalkan avatar komunikasi ‘Newme’ ini. ‘Newme’ mempunyai tablet sebagai muka dan boleh digerakkan dengan empat roda yang berperanan sebagai kaki.

Lebih menarik perhatian, sebaik sahaja nama pelajar dipanggil oleh moderator, avatar ‘Newme’ yang memakai jubah dan topi graduasi kelulusan BBT University akan muncul dan memperlihatkan wajah pelajar pada tablet tersebut.

Tonton secara atas talian

Sijil kelulusan berkenaan kemudian diserahkan oleh Presiden Omae Kenichi. Para graduan yang lain turut menonton majlis tersebut melalui aplikasi Zoom disamping menghantar komen dengan meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pihak pengurusan universiti.

Menurut Presiden Universiti BBT, Omae Kenichi memberitahu dia percaya bahawa rangkaian pengetahuan ini boleh memanjangkan kebolehan manusia ke tahap yang tidak terbatas. Mesej yang disampaikan oleh beliau secara tidak langsung akan memberi galakan kepada para pelajar.

Idea Profesor Shugo Yanaka

Difahamkan juga, idea dan rancangan majlis graduasi bertemakan avatar ini merupakan idea kreatif  Profesor Shugo Yanaka iaitu Dekan Pentadbiran Perniagaan Global, Fakulti Pentadbiran Perniagaan di BBT University.

Walaupun langkah-langkah korona baru diperlukan, pengenalan avatar ini dapat mewujudkan pengijazahan dalam talian. Saya berharap inisiatif ini dapat membantu institusi pendidikan yang mengalami kesulitan mengadakan majlis tamat pengajian dan masuk.

Sumber: Mothership, BBT News, Robostart



Banyak lagi berita dan info menarik untuk diketahui di Oh Bulan!

Report

Written by Feed-Blog

Feed daripada blog-blog terbaik kami kongsikan buat tatapan anda semua.

What do you think?