in

Berkerusi roda beli barang, abang askar pakaikan makcik OKU ‘mask’ bikin sebak


Siapa yang tidak sedih apabila mendapati bahawa ada insan yang sedang dalam kesusahan ketika PKP ini. Lebih-lebih lagi melibatkan warga emas yang kelainan upaya (OKU).

Dalam perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Khairul Zulkefli, dia telah memuat naik satu perkongsian berkenaan sikap mulia anggota tentera yang bertugas apabila membantu seorang makcik.

Sitegiant E-commerce

Warga emas yang juga OKU itu bersendirian tanpa memakai penutup mulut menuju ke pasaraya dengan menggunakan kerusi roda selepas menerima bayaran Bantuan Prihatin Nasional.

Dapat dilihat dengan jelas seorang anggota tentera datang menghampiri makcik tersebut dan memakaikannya penutup mulut dan sarung tangan untuk wanita itu sebelum dia bergerak menuju ke pasaraya.

 

Makcik ni OKU, dia nak pegi pasaraya NSK, tapi takde mask. So kami bagi mask dan glove pada makcik ni. Dia sorang2 je…

Posted by Khairul Zulkefli on Wednesday, April 8, 2020

Sehubungan dengan perkongsian yang begitu menyentuh hati, warganet telah tampil meninggalkan komen diruangan Facebook sumber.

Rata-rata daripada mereka mengucapkan ribuan terima kasih kepada anggota tentera tersebut. Mereka juga menzahirkan rasa sebak apabila melihat wanita tua yang juga kelainan upaya terpaksa berdikari untuk mencari keperluan harian dalam kondisi seperti itu.

 

 

Sumber : Khairul Zulkefli





Banyak lagi cerita MELETOP di OH MY MEDIA

Report

Written by Feed-Blog

Feed daripada blog-blog terbaik kami kongsikan buat tatapan anda semua.

What do you think?