in

Bayaran balik pinjaman TMP-JPK ditangguhkan


KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) mengumumkan moratorium penangguhan pembayaran balik pinjaman oleh koperasi menerusi Tabung Modal Pusingan (TMP-JPK) di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Penangguhan pembayaran balik ini ditawarkan untuk tempoh 6 bulan mulai bulan April hingga September 2020, kata
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Sitegiant E-commerce

Menurutnya, penangguhan itu bertujuan membantu 6.05 juta anggota koperasi di seluruh negara yang terjejas dengan impak Covid-19 susulan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 Apri ini.

Berikutan arahan itu, banyak koperasi menerima kesan secara langsung akibat dari pemberhentian operasi perniagaan.

Wan Junaidi berkata, anggaran keseluruhan kos yang terlibat dengan moratorium adalah RM99 juta. – MalaysiaGazette



Malaysiagazettee

Report

Written by Feed-Berita

Feed berita terkini dan muktahir dari sumber-sumber Astro Awani, Malaysiakini, BHarian, Hmetro

What do you think?