Artis veteran tak terima bantuan, jemaah tabligh pikul beras hantar depan pintu


Isu artis dan bantuan kerajaan seakan tidak surut sejak beberapa hari sudah. Pelbagai andaian dan fitnah berleluasa sehingga ada yang ingin membawa kes tersebut kemuka pengadilan.

Namun begitu, disebalik kekalutan ini, masih ramai yang tampil memberikan sumbangan kepada artis-artis veteran yang sudah uzur dan tidak berapa sihat, lebih-lebih lagi ketika Perintah Kawalan Pergerakan.

Paling mencuri tumpuan apabila jemaah tabligh yang juga sebahagiannya merupakan insan-insan yang pernah berkecimpung dalam dunia seni tampil memberikan bantuan ke rumah beberapa orang artis veteran.

Dalam perkongsian yang dibuat oleh seorang selebriti yang sekarang aktif bersama jemaah tabligh, Azuan Mazlan telah memuat naik beberapa gambar dia dan jemaah tabligh memberikan sumbangan kepada artis veteran.

Antara artis-artis yang menerima sumbangan adalah seperti Shima, Hail Amir dan juga Mak Jah. Dalam salah satu muat naik yang dilakukan Azuan, ada antara mereka tidak lagi menerima sebarang bantuan seperti yang dicanangkan oleh sesetengah pihak.

Perkara itu sedikit sebanyak memberikan rasa sebak kepada jemaah tabligh yang bersamanya ketika menghulurkan bantuan kepada mereka.

 

 

Susulan daripada perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah menzahirkan ucapan terima kasih mereka kepada Azuan dan jemaah tabligh yang lain kerana membantu artis-artis yang pernah mewarnai dunia seni Tanah Air kita.

Mereka juga berharap agar mereka yang menghulurkan bantuan akan mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T dan semoga kerja amal ini mampu membantu golongan yang kesempitan ketika PKP berlangsung.

Sumber : Azuan Mazlan





Banyak lagi cerita MELETOP di OH MY MEDIA