artisMaskulinmedia hiburan throwbackSelebritiTRENDING

Artis ‘Otai’ Kongsi Pelbagai Kenangan Menerusi Program TV Terbaru, ‘Media Hiburan Throwback’


JENIS FOOT ARCH

Tidak dinafikan pengaruh selebriti di Malaysia mempunyai impaknya tersendiri di kalangan peminat setia mereka. Ini terutamanya artis-artis ‘old timer’ yang kini sudah semakin berusia. Kemunculan mereka di kaca televisyen, majalah atau surat khabar merupakan platform untuk peminat mengenali mereka suatu ketika dahulu.

Namun kini dengan wujudnya laman media sosial, perkongsian itu menjadi lebih dekat, Namun tidak semuanya dikongsikan oleh artis-artis ‘otai’ ini.

Media Hiburan merupakan salah sebuah jenama majalah paling terkenal di Malaysia membawa pelbagai info, gosip serta perkembangan terkini artis.

Walaupun sudah tidak lagi diterbitkan secara fizikal, jenama ini terus subur dalam versi laman web dan juga di platform media sosial seperti Instagram, Twitter, YouTube dan TikTok. Dengan lebih 7.5 juta jumlah bacaan sebulan di laman web, jenama ini terus memacu khusus berita-berita hiburan tanah air dalam juga luar negara.

PROGRAM TV ISTIMEWA & EKSKLUSIF!

Terbaru, sebuah program televisyen yang diberi nama ‘Media Hiburan Throwback’ akan bersiaran di kaca televisyen anda.

Bermula dalam versi digital, rancangan ini berjaya mencecah jutaan tontonan di platform digital dan kini ia diangkat sebagai rancangan waktu perdana di saluran Astro Prima bermula 24 Mac 2021 pada jam 9 malam.

Menampilkan Radin sebagai hos, rancangan sarat dengan cerita throwback artis ini menampilkan 15 selebriti terkenal dalam 13 episod secara keseluruhan.

Antara nama-nama besar yang bakal melakukan kemunculan eksklusif ialah Dato’ AC Mizal, Erra Fazira, Rita Rudaini, Norman Hakim, Faizal Hussein, Sharifah Shahirah, Dato’ Awie dan ramai lagi.

Menariknya, artis-artis ‘otai; ini akan dikejutkan dengan pelbagai artikel dan juga gambar lama yang pernah mereka lakukan bersama majalah Media Hiburan sebelum ini. Bayangkan apabila photoshoot mereka 30 tahun lalu dikeluarkan kembali, bermacam gaya yang melucukan dan juga 1001 kisah boleh kita lihat dan dengar.

Gegak gempita juga set apabila mereka dikejutkan dengan cerita-cerita lama. Kalau nak tahu apa yang berjaya team Media Hiburan korek dari arkib sepanjang 35 tahun lalu, jangan lupa saksikan rancangan ini pada 24 Mac pada jam 9 malam di Astro Prima dan Astro Prima HD.



Informasi buat LELAKI sejati di Maskulin

Related Articles

Back to top button