in ,

“Arab Saudi Minta Umat Islam Tangguh Persiapan Haji Dan Umrah,” – Mila Jirin Kongsi Informasi


Usahawan dan penyanyi, Mila Jirin berkongsi petikan artikel yang menyebut Arab Saudi meminta umat Islam untuk menangguhkan persiapan haji dan umrah untuk tahun ini.

Satu berita yang cukup mendukacitakan bagi seluruh umat Islam di dunia ketika ini. Menerusi petikan berkenaan, kerajaan Arab Saudi bersedia menerima jemaah haji dan umrah namun dalam keadaan wabak Covid-19 yang melanda, mereka mahu melindungi kesihatan umat Islam.

Sitegiant E-commerce

“Arab Saudi bersedia sepenuhnya untuk menerima jemaah haji dan umrah. “Tetapi keadaan semasa ketika kita bercakap mengenai pandemik global, kerajaan mahu melindungi kesihatan umat Islam serta rakyat. “Oleh itu, kita meminta umat Islam di semua negara untuk menunggu sebelum melakukan haji sehingga keadaannya jelas,” kata Menteri Haji dan Umrah, Mohammed Saleh Benten kepada stesen televisyen Al-Ekhbariya di negara itu.

“Ia satu langkah yang julung kali terjadi, sekali gus menimbulkan ketidakpastian berhubung ibadat haji untuk tahun ini.

“Pembatalan musim haji tidak pernah berlaku sebelum ini, namun langkah mengehadkan kehadiran dari kawasan berisiko tinggi pernah dilaksana ketika wabak Ebola menyerang wilayah itu.

“Kira-kira 2.5 juta jemaah haji dari seluruh dunia biasanya berkumpul di Mekah dan Madinah untuk ibadat yang dijadualkan bermula pada akhir bulan Julai.

Haji ialah sumber pendapatan yang besar bagi kerajaan Arab Saudi. –

@bizmillatravel

#Covid_19 #Kaabah #Makkah,” kongsi Mila.

Sehingga hari ini, lebih 820,000 kes jangkitan dicatatkan di seluruh dunia dengan lebih 42,000 kematian disebabkan pandemik global yang melanda.

Foto : Instagram Mila Jirin





Informasi terkini di MEDIA HIBURAN

Report

Written by Feed-Hiburan

What do you think?