in

Andrea Barzagli Sedang Pujuk Gianluigi Buffon Untuk Pencen


Bekas pertahanan Juventus dan Itali serta antara pertahanan terbaik Serie A, Andrea Barzagli ketika ini sedang menjalani karier sebagai jurulatih di Juventus dan katanya, beliau sedang cuba memujuk penjaga gol, Gianluigi Buffon untuk bersara.

Itu merupakan pendedahannya kepada Fabio Cannavaro ketika Instagram Live chat selain turut berkata yang bukan hanya Gianluigi Buffon, tetapi Giorgio Chiellini turut dipujuknya untuk pencen dan menyertainya menjadi jurulatih di Juventus.

Sitegiant E-commerce

Sejak bersara daripada bola sepak pada penghujung musim 2019 yang lalu, Andrea Barzagli telah menyertai kem kejurulatihan Juventus dan terlibat mengendalikan latihan untuk barisan benteng The Old Lady bagi saingan musim 2020.

Begitupun, menurutnya, sekiranya diarahkan untuk mengendalikan latihan berasingan kepada para pemain, beliau akan cuba mengelak untuk terlibat dengan Giorgio Chiellini dan Leonardo Bonucci – dan beliau telah memberikan sebabnya.

“Hanya Chiellini seorang yang masih memanggil saya Barzaglione, dan saya telah benarkan dia. Leonardo Bonucci pula memanggil saya tuan sambil tersenyum sinis. Ia memang sedikit janggal bekerja dengan bekas rakan-rakan sepasukan.

“Namun, apabila saya memberikan nasihat atau panduan, mereka bersedia untuk menerimanya. Jika saya diarahkan membuat latihan berasingan kepada setiap pemain, sudah tentu saya akan elakkan untuk terlibat dengan Giorgio dan Leo!

“Dalam masa sebulan ini, saya hanya melihat, mendengar dan belajar kerana ini merupakan sesuatu yang baharu buat saya,” ujar Adrea Barzagli lagi.

Tambahnya lagi, ia juga menyeronokkan untuk terlibat begini dan merancang untuk berada di Juventus untuk setahun bagi memahami bagaimana karier kejurulatihan.

“Saya sedang cuba pujuk Gigi Buffon untuk bersara dan menyertai kami [sebagai jurulatih]. Tetapi sejujurnya, beliau secara fizikal masih dalam keadaan baik. Begitu juga Chiellini yang cepat pulih daripada apa-apa kecederaan,” ujar Andrea Barzagli.

Gianluigi Buffon kembali semula ke Juventus selepas semusim beraksi bersama PSG di Ligue 1 dan telah tampil tujuh kali dalam saingan Serie A musim ini di belakang penjaga gol utama, Wojciech Szczesny yang telah tampil 19 kali dalam skuad utama.

KREDIT FEATURED IMAGE: TRIBUNA

Baca lagi artikel kami mengenai Gianluigi Buffon dan Juventus:





Semuanya Bola

Report

Written by Feed-Sukan

Feed informasi sukan terkini daripada website sukan terbaik VocketFC, Semuanya Bola, Foxsports.

What do you think?