in

19 Kedai Makan Sedap di Kampung Baru — Untuk Makan Yg Best & Padu

Bila cerita tentang makan sedap kat Kuala Lumpur, tempat nombor satu yang ada dalam kepala orang Melayu mestilah Kampung Baru.

Untuk anda yang datang dari luar KL, Kampung Baru ini syurga tempat makan, dari selera Melayu dan Siam sampailah Western.

Parking kat sini susah. Tapi Grab kan ada?

Sitegiant E-commerce

Okay, kami stop bebel dulu. Jom tengok kedai makan sedap mana kat Kampung Baru yang nak diterjah dengan wife atau hubby you.

Makanan Melayu & Thai

Selain makanan utara dan Kelantan, Kampung Baru ada banyak kedai makan Siam yang best dan power-power. Nak nasi lemak pagi buta pun boleh brader.

Suraya Seafood

Kredit : snoopy.food.explorer

Ini antara kedai makan paling sedap kalau nak makan lauk Siam kat Kampung Baru. Tom yam, ikan 3 rasa, somtam atau pulut mangga memang antara yang selalu orang order kat sini. Nak yang ringan, boleh cuba kerabu maggi.

Harganya pun sedang-sedang sahaja.

Kedai ini kalau datang nak makan malam hujung minggu, memang ampun. Payah nak parking kereta dan dapat meja. 

Tips :
1. Kedai asal sgt viral sampai ownernya buka 2 lagi Suraya Seafood (dekat Masjid Jamek Kg Baru). Boleh pi sana sebagai alternatif.
2. Parking ada kat belakang kedai (RM 5 utk 3 jam).

Lokasi : Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru
Waktu Operasi : Setiap Hari : 3:30 ptg – 1 pg

Kak Som

lauk di kedai makan kak som kampung baru kl
Kredit : tori_san

Kalau lapar tengah pagi buta, boleh terjah kedai Kak Som yang buka 24 jam ini. Kedai ini sebelah dengan Suraya.

Untuk makan tengahari, kedai lauk Kelantan ini ada laksam, nasi kerabu dan juga nasi dagang. Kalau tak mahu semua itu, ada lauk lain yang boleh pilih buat makan dengan nasi putih.

Kedai Kak Som ini juga ada banyak kuih sedap juga — dari pulut panggang sampailah yang popular kat Kelantan macam akok.

Lokasi : 19, 13, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru
Waktu Operasi : Setiap Hari : 24 jam

Chunburi

kedai makan di kg baru yang banyak kuih - chunburi
Kredit : timeoutkl

Ini pun dekat Suraya, tapi ini kedai makan tengahari sampailah makan malam kat Kg Baru.

Ini pun tempat lauk Kelantan juga — macam nasi dagang dan nasi kerabu. Kalau nak layan kuih macam lompat tikam, cek mek molek atau akok pun boleh.

Kalau siang, boleh makan berlauk. Kalau malam, tempat makan ini ada goreng-goreng. Apapun, jangan lupa cuba air mangga susunya.

Lokasi : Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru
Waktu Operasi : Setiap Hari : 12 tgh hari – 12 tgh mlm

Nasi Lemak Wanjo

nasi lemak wanjo yang dikatakan antara nasi lemak paling sedap di kuala lumpur
Kredit : alyaken_

Kedai nasi lemak yang ada sejak tahun 1960an ini masih lagi dikatakan sedap macam dulu. 

Macam biasa, ada lauk extra untuk kasi power. Paru, ayam goreng sampailah ke sambal sotong dan kerang.

Harga nasi lemak biasa kat Wanjo bermula dari RM 3.50. 

Kalau tak suka yang ini, ada kedai nasi lemak popular lain lagi kat Kg Baru. 

Boleh cuba Nasi Lemak Antarabangsa dan Nasi Lemak CT Garden. Yang nak makan nasi lemak pagi buta, boleh try Nasi Lemak Kak Chuk (buka mulai 2 pagi).

Lokasi : 8, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru
Waktu Operasi : Setiap Hari : 6:30 pg – 12 tgh mlm

Rosdet Tomyam

rosdet tomyam kuala lumpur
Kredit : gerienurm

Ini kedai yang ada lauk Siam dan Kelantan. Jadi kalau nak cari nasi air dengan lokching masa cuti kat KL, boleh try Rosdet Tomyam.

Tapi sebab dah nama Rosdet Tomyam, kena cuba tomyamnya dulu sebelum order benda lain.

Kedai ini  buka dari petang lagi. Jadi kalau tak sanggup sangkut jem, boleh datang sini untuk makan malam awal sikit. 

Macam biasa kat kedai Siam, pulut mangga kena cuba.

Lokasi : 5, 160, Jalan Abdul Rahman Idris, Chow Kit
Waktu Operasi : Tutup Isnin | Hari Lain : 2:30 ptg – 1:30 pg

Selera Ramai Ikan Singgang

lauk di selera singgang kg baru kl
Kredit : nuruleylia

Mengidam ikan singgang? Kedai ini dan juga deretan kedai makan tepinya semua ada singgang.

Tapi, kedai Selera Ramai ini dah bertapak sejak 2012 dan ikan singgang yang dimasak gaya Kelantan. Bila dah order singgang, jangan lupa makan dengan budu, ulam dan ikan rebus goreng.

Kalau member yang follow tak minat singgang, dia boleh cuba sotong, kerabu kaki ayam atau lidah goreng.

Lokasi : 46, 786, Jalan Dewan Sultan Sulaiman, Kampung Baru
Waktu Operasi : Tutup Isnin | Hari Lain : 6:30pm – 3 pg

Restoran Gerak 23

makn ikan bakar best tengahari di gerak 23 kg baru
Kredit : sitiazahari

Mengidam nak makan masak lemak? Restoran Gerak 23 ini jawapannya.

Kat sini yang best ialah itik salai masak lemak cili api. Sebut menu pun dah rasa kecur nak ke sini.

Kalau tak minat yang itu tak apa. Sebab kat sini lauk campurnya banyak. Kalau ikut ownernya, ada 80 jenis lauk yang boleh dipilih. Kalau datang dengan mak ayah, depa seronok sebab ulam pun ada dekat 30 puluh.

Senang cerita, kalau tak tahu nak makan apa tengah hari, datang sini. Sah-sah ada benda yang berkenan kat hati.

Lokasi : Lot 2959, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru
Waktu Operasi : Setiap Hari : 10 pg – 8 mlm

Kedai Murah Meriah Nasi Campur

Kebanyakan kedai makan kat Kg Baru harganya tak tinggi sangat. Tapi kalau anda masih nak makan lauk campur masa dengan harga paling bajet, datang sini.

Kedai ini tak banyak pilihan menu, tapi harganya sesuai untuk anda yang datang bercuti dengan poket ketat. 

Ayam kat sini besar-besar, sampai ada yang panggil kedai ini kedai ayam gemuk. 

Lokasi : 58, Jalan Raja Alang, Kampung Baru
Waktu Operasi : Tutup Ahad | Hari Lain : 5ptg – 12 pg

Makanan Indonesia

Kalau dah bosan makan nasi Malaysia, apa kata kita pekena pula nasi dari seberang, yang salunya lauk hampir sama tapi ada sambal pedas dan bumbunya yang buat dia power.

Restoran Nasi Padang Kg Baru

kedai makan best kat kampung baru termasuk kedai nasi padang ini
Kredit : iskandarjr1972

Peminat nasi Minang boleh datang kat sini untuk layan rendang gaya Padang. Memang ada beza dengan yang Malaysia punya.

Kalau datang untuk tengahari Jumaat, boleh bayar RM10 untuk set makan sampai kenyang.

Macam biasa, parking kat sini, memang siksa. Nasib baik kedai ada aircond dan selesa.

Lokasi : 123, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru
Waktu Operasi : Setiap Hari : 10 pg – 10 mlm

Masakan Padang Asli Kampung Baru

kedai masakan padang best kl
Kredit : cravingswithus

Ini satu lagi kedai lauk Padang yang ada kat Kampung Baru. Kalau dah biasa dengan Dendeng Daging dan Rendang Paru, boleh cuba Gulai Lemak Urat pula.

Cuma kedainya taraf warung dan harganya sedikit tinggi. Parking? Memang susah.

Apapun, jangan lupa pekena cuba termasuklah jus avocado alpukat.

Lokasi : Lorong Muda Abdul Aziz, Kampung Baru
Waktu Operasi : Setiap Hari : 10 pg – 9 mlm

Ayam Penyet Mak Maya

kedai makan tengahari sedap kl - ayam penyet mak maya
Kredit : kymie

Untuk peminat ayam penyet, antara kedai makan sedap kat Kg Baru yang speciality dia memang ayam penyet.

Ayam kat sini digoreng panas-panas. Sambal pun buat depan mata. Jadi memang fresh. Kalau tak mahu ayam, boleh minta ikan kembung atau keli.

Bila makan kat sini, untuk air boleh cuba air kendondong asam boi. Jagung susu pun sedap.

Lokasi : 65, Jalan Raja Uda, Kampung Baru
Waktu Operasi : (tidak pasti) tapi mulai tengahari

Ayam Bakar Wong Solo

ayam bakar wong solo yang padu kat kg baru
Kredit : ciksemerah

Nak rasa ayam penyet yang dikatakan asli macam kat Indonesia? Cuba sini dulu.

Ini pun tak jauh dari Suraya. Jadi fahamlah anda yang belum sampai sini, mengapa kawasan jalan area ini sesak ya amat. Banyak kedai popular dalam lorong yang sama.

Makan sambal tu sikit-sikit dulu. Takut habis duit beli air je nanti. Pedas ya amat bang oi.

Lokasi : 57, Jalan Raja Alang, Kampung Baru
Waktu Operasi : Setiap Hari : 11 pg – 10:30 mlm

Makanan Western

Selain kedai Melayu dan Siam, ada kedai makan sedap kat Kg Baru yang jual makanan Western. Kat bawah ini kedai sedap dan popular.

Pekan Station

pekan station -- tempat makan malam kampung baru kuala lumpur
Kredit : pekanstation

Kedai makan Western kat Kampung Baru KL ini terkenal bukan sahaja sebab lauknya yang sedap tapi sebab saiz portion yang besar. Satu hidangan boleh makan 2 orang.

Kalau dah bosan dengan apa jenis lamb chop, boleh try chicken boxing.

Kedai ini buka petang sampailah tengah malam. Jadi boleh datang sini untuk makan malam kat Kg Baru. Pemandangan pun boleh layan, sebab boleh nampak KLCC.

Lokasi : 66, Jalan Raja Uda, Kampung Baru
Waktu Operasi : Tutup Khamis | Hari Lain : 6:30ptg – 1pg

HR Steak House

hr steak house untuk makan western waktu malam kat kg baru
Kredit : myra_hazmira

Tempat makan ini tarafnya up sikit dari banyak tempat makan yang sedap-sedap kat Kampung Baru.

Harganya pun murah untuk kedai Western. Servis pun laju (mungkin sebab ada hidangan dah dimasak awal). Kat sini jangan lupa order lamb chop.

Macam biasa, parking kat sini memang payah ya amat.

Lokasi : 56, Jalan Raja Alang, Kampung Baru
Waktu Operasi : Setiap Hari : 5ptg – 2pg

Roti Canai, Satay & Cendol

Okay, tak semua orang nak makan berat. Ada yang nak datang makan sarapan santai-santai atau nak duduk sembang dengan member. Kat bawah ini pilihan warung makan best lain kat Kg Baru.

Warung Pak Hassan

makan pagi best di kg baru kuala lumpur di warung pak hassan
Kredit : amirahrsln

Ini kedai sarapan yang sedap kat Kampung Baru. Cuma kena rajin bangun awal.

Sebelum pukul 7, memang sudah ada orang kat dalam gerai ini. Sebab sebelum buka pun ada yang menunggu. Kalau datang pukul 8 ke atas, bersedia untuk berjemaah beratur sama-sama.

Kat sini anda boleh cuba roti canai kuah kari kaki ayam dan juga nasi lemaknya. Makan paginya antara yang paling murah tapi sedap dalam seluruh KL. Ada live band juga kadang-kadang.

Lokasi : 31, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru
Waktu Operasi : Tutup Isnin | Hari Lain : 7pg – 1 ptg

Alfiyah Lontong Jawa

alfiyah lontong jawa kuala lumpur
Kredit : razi_jhiyo

Ini dikatakan antara warung lontong paling sedap dalam KL. Jadi memang terangkat untuk datang sarapan dengan mak ayah.

Nak tambah rangup? Tambah paru. Kalau tak, ada bergedil, sambal sotong, tempe goreng dan sambal kerang buat tambah padu.

Ada juga kuih lopes buat cuci mulut. Dan nasi lemak untuk yang tak minat lontong.

Sebab sedap, jangan terkejut tengok orang dah mula beratur sebelum 7:30 pagi lagi. Warung foodcourt ini tutup tengahari.

Lokasi : Wisma Awal Dan Akhir, 161, 171, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru
Waktu Operasi : Tutup Isnin | Hari Lain : 7 pg – 1 ptg

Satay Capitol 1951

satay capitol 1951
Kredit : sataycapitol1951

Sate kat food court ini dah masuk generasi ke-3.

Kat sini, sate lembunya lebih popular dari sate ayam. Antara sebabnya dagingnya dikatakan cuma guna bahagian batang pinang. 

Kalau nak makan berat, kat tepinya ada nasi lemak atau kueteow kungfu buat sulam dengan sate.

Sataynya cukup marinated. Cuma kuah kacangnya mungkin sedikit manis untuk sesetengah orang. 

Lokasi : 1, Jln Haji Hashim, Kampung Baru
Waktu Operasi : Tutup Ahad | Hari Lain : 3 ptg – 12 mlm

Satay KL

satay kl
Kredit : sate.kl_

Walaupun signboardnya tulis Satay KL, tempat ini bukan sahaja ada sate, tapi juga makan Western dan nasi.

Kedai ini dikatakan warisan dari kedai Satay Wak Senin di Keramat yang popular dulukala.

Selain satay, boleh juga try chicken chop dan juga mee rebusnya.

Kedai sate ini terperuk sikit. Jadi pastikan buka Waze untuk makan malam kat sini.

Lokasi : Lot 1439 A, Jalan Haji Yahya Sheikh Ahmad, Kg Baru
Waktu Operasi : Tutup Ahad| Hari Lain : 4:30 ptg – 11 mlm

Apam Balik Nusantara

apam balik nusantara kuala lumpur
Kredit : mrnamie

Warung apam balik Nusantara ini kecil sahaja.

Kat sini ada banyak pilihan apam balik. Yang biasa, bermula dari RM 4.50. Dan kalau nak yang lebih umphh, boleh pilih apam balik lain macam jagung coklat sampailah ke jagung durian.

Kalau nak kurang manis, bagitahu awal. Dan kat sini, semua apam baliknya jenis tebal. Apam balik nipis crispy tak ada.

Lokasi : Lot 14, Jalan Hamzah, Kg Baru
Waktu Operasi : tidak pasti

Cendol Durian Kg Baru

cendol durian kampung baru yang dekat chow kit
Kredit : leonsawadee22

Kita tutup senarai ini dengan warung cendol paling popular dan dikatakan antara paling sedap kat Kampung Baru.

Nak makan sini boleh, nak tapau pun boleh. Best juga layan cendol durian dalam kereta masa tengahari yang panas lit lit.

Harga cendol durian kampung mula dari RM 13. Dan kalau durian gred, bersedia lah untuk bayar dari RM 20 sampai RM 40 semangkuk, bergantung pada jenis durian.

Tips : Tak jauh dari sini, ada Cendol Durian Runtuh Chow Kit sebagai alternatif yang pun best juga.

Lokasi : 47B, Jalan Raja Alang, Kg Baru
Waktu Operasi : Setiap Hari : Dari 11 pg

Okay bang. Ada beberapa lagi kedai makan sedap kat Kampung Baru, KL ini yang kami tak masukkan kat sini.

Bukan apa, yang 19 kat atas pun dah puas untuk abang cuba untuk sarapan, makan tengahari dan malam kat Kg Baru KL nanti.

Kalau ada kedai sedap lain dari kat atas ini, abang akak silakan tambah kat ruang komen kami.

Cara Datang Kampung Baru :
1. Paling Mudah – Naik Grab
2. Tren – Turun di stesen LRT Kampung Baru
3. Jalan Kaki – Ambil jambatan Saloma Link dari KLCC

Teroka Seluruh KL

Tempat menarik lain kat KL
Hotel terbaik pilihan kami

Sumber JOMJALAN
Explore beratus tempat menarik di Malaysia, tidur di hotel terbaik & makan di kedai paling sedap.

Report

Written by Feed-Blog

Feed daripada blog-blog terbaik kami kongsikan buat tatapan anda semua.

What do you think?